Wednesday 27 May 2015

Tip Pilih Makanan Bantu Perbaiki Diet Anda

Pengurangan berat badan secara sihat dan normal meliputi dua aspek yang penting,iaitu penjagaan diet dan aktiviti fizikal. Dari segi pemakanan, selain dari mengurangkan kuantiti serta mengawal jenis makanan yang dimakan,zat-zat yang penting juga perlu dilengkapi untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan baik. Dengan bijak memilih makanan yang sihat dan mengubah cara pemakanan,anda boleh menikmati makanan anda sambil menjaga berat badan dan tidak perlu menderita kelaparan. Tip-Tip berikut boleh membantu anda mengenali jenis-jenis makanan yang berkhasiat dan rendah kalori untuk memperbaiki diet ANDA.

PISANG 
Sebiji pisang mengandungi lebih dari 400mg potasium,dan mineral ini membantu untuk mengawal jumlah sodium ( yang menghasilkan gas ) dalam badan anda. Pisang juga murah harganya,senang didapati,serta mudah untuk dibawa dan dimakan.

Monday 25 May 2015

Petua Atasi Masalah Rambut Beruban Di Usia Muda

Melihat muka di cermin dengan keadaan rambut yang semakin memutih membuatkan mereka berasa rendah diri dan malu untuk berjumpa rakan-rakan,khususnya bagi lelaki.Kalau perempuan yang bertudung,bolehlah selindung dan sorok masalah rambut itu. Bagaimana pula kalau yang tidak bertudung?
Perkara ini membuatkan lelaki runsing apabila dikatakan sudah tua hanya kerana uban di kepala.
Apakah penyebab utama yang membuatkan mereka tumbuh uban? Ada cara untuk atasi masalah uban ini?

Thursday 21 May 2015

Testimoni Sendiri Berpuasa Dengan Shaklee

Hari Ketiga berpuasa dengan mengambil ESP dan Performance Drink. ESP saya ambil ketika sahur dan sebelum tidur.Manakala Performance Drink saya ambil ketika berbuka. Masing-masing saya campurkan dengan air ribena.Makin lazatlah rasanya.

Serius testimoni sendiri bila saya ambil ESP dan Performance Drink ni memang tak rasa letih,penat atau lapar. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 6pm masih rasa bertenaga macam hari kebiasaan tak puasa. Masih larat lagi sediakan santapan berbuka puasa seisi family tau! Hari Isnin saya masak Chicken Chop dan Lamb Chop. Hari Selasa saya masak Mee Kari, Rabu tak puasa ( relax kejaplah ) hehehe dan tadi saya buat Mee Sup. Nak tengok tak rupe mee Kari saya? Kalau Nak boleh KLIK SINI. Rupe nampak kureng menarik tapi rasa TIP!TOP! hhhahh.. Angkat Bakul nampak? hehhhe..

Bagaimana Jadikan Rumah Kita Selamat Untuk Si Kecil?

RUMAH yang sepatutnya menjadi tempat selamat bagi kanak-kanak rupanya tidaklah seselamat yang kita harapkan. Kenapa? Kebanyakkan kita ibu bapa ketika merancang mengubahsuai dan mengatur hiasan rumah,kita sering mendahulukan selera kita sebagai orang dewasa untuk menghiasnya secantik yang mungkin. Tanpa kita sedari pemilihan perhiasan dan dekorasinya mungkin telah mengabaikan aspek keselamatan untuk anak-anak kita yang lebih banyak menghabiskan sebahagian masa mereka di rumah berbanding kita.

Wednesday 20 May 2015

Alfalfa Complex Shaklee Selamat Digunakan

Sejak kebelakangan ini berbagai-bagai cerita kurang enak kedengaran yang mana setiap kes berlaku pasti dikaitkan dengan Produk Shaklee.Boleh nampak lepas satu-satu kes hangat dan sensasi pasti terselit namanya Shaklee. Rupa-rupanya begini rasanya rencah asam garam hidup dalam dunia perniagaan. Pasti ada sahaja cerita yang kurang enak didengari. Kadang-kadang ia juga sedikit sebanyak boleh mengganggu fokus kita. Betul tak? Bagi mereka bergelar Pengedar Shakleela. Bukan senang untuk meyakinkan orang ramai tentang kepentingan ambil suplemen apatah lagi meyakinkan orang ramai tentang kebaikan produk kami. Mungkin inilah cabaran yang perlu ditempuhi seandainya kita menjebakkan diri dalam apa jua jualan langsung pasal produk. Tapi Yang pasti Produk Shaklee sudah lama bertapak.

Tuesday 19 May 2015

Betulkah Cara Anda?

Apabila rambut bermasalah perkara yang kita ubah ialah produk yang digunakan sama ada shampoo,perapi atau gel. Akan tetapi pernahkah kita terfikir masalah rambut kita sebenarnya bukan disebabkan oleh produk rambut sahaja tetapi cara penjagaan rambut kita juga . Oleh itu, amat penting untuk anda memilih produk yang sesuai dan memberi penjagaan yang baik untuk rambut.

3 Alasan Kenapa Kita Perlu Ambil Sarapan

Ramai orang kadang-kadang melupakan sarapan. Tidak ada masa,tidak berselera, adalah antara alasan yang selalu diberikan. Ungkapan "sarapan adalah sajian harian terpenting " yang pernah popular suatu ketika dulu semakin dilupakan dengan munculnya berbagai-bagai jenis diet.

Namun kajian-kajian terkini mendapati,bersarapan memang mempunyai banyak manfaat untuk diri anda. Didapati mereka yang bersarapan secara tetap mempunyai sikap yang lebih positif,lebih kurus dan mampu memberi lebih tumpuan.

Thursday 14 May 2015

Ibu Pejabat Shaklee Di Pleasanton, California

Ibu Pejabat Shaklee Di Pleasanton, California bukan sekadar pusat operasi, malah ia adalah simbolik kepada falsafah yang didokong oleh Shaklee.

Ia direkabentuk oleh arkitek terbilang- Gensler,menjadikan bangunan ini mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap " Kehidupan Yang Harmoni Bersama Alam Semulajadi." Anda boleh menikmati pemandangan indah - langit,tumbuh-tumbuhan,bukit bukau dan kehijauan tanah lapang,tidak kira di mana posisi anda berada di dalam bangunan ini. Rekabentuknya yang serba moden dan maju,membolehkan ia diterangi secara semulajadi oleh cahaya luar,serta pembinaannya daripada bahan dan warna secara semulajadi.

Ostematrik Pilihan Terbaik Untuk Tulang

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru,jantung,hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Wednesday 13 May 2015

Makanan Tambahan Untuk Masalah Anemia

Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita.Secara mudahnya, anemia bermakna kekurangan sel darah merah. Darah boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:
  • Sel darah merah.
  • Sel darah putih
  • Platlet dan plasma
Sel darah merah pula meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Tugasnya ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara. Sementara sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan dan platlet pula penting untuk menghentikan pendarahan apabila luka.

Monday 11 May 2015

Snek Berkhasiat Sepanjang Kehamilan

Ibu Hamil kebiasaannya mempunyai tabiat suka mengunyah. Betulkan? Tetapi keutamaannya perlu pastikan makanan atau snek yang dikunyah termasuk dalam kategori makanan yang berkhasiat. Ada pelbagai jenis snek berkhasiat yang boleh dikunyah sepanjang proses kehamilan berlangsung. Jangan sesekali jadikan amalan pengambilan snek yang tidak berkhasiat dan mengandungi banyak bahan perisa semasa hamil.

Saturday 9 May 2015

10 Testimoni Herbal Blend Bantu Selesai 1001 Masalah

Herbal Blend merupakan sejenis krim sapuan pelbagai jenis masalah. Ia juga merupakan salah satu produk HOT Shaklee .Dengan kapasiti 113mg, krim ini boleh digunakan untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. Ia bergantung kepada cara penggunaannya.
Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut,siku serta tumit kaki. Ia juga dingin,bermentol dan tidak berminyak. Selain itu,ia diperbuat daripada ektrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage,horse chestnut yarrow dan rosemary.

Thursday 7 May 2015

Bagaimana Gaya Hidup Sihat Yang Disarankan?

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Sunday 3 May 2015

Tips Dan Pemakanan Atasi Gastrik Ketika Puasa


Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali.

Tips Sepanjang Bulan Puasa
Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.

9 Testimoni ESP Shaklee Bantu Atasi Gastrik

Penyakit gastrik adalah berpunca daripada amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikuti waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.
Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempoh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Saturday 2 May 2015

11 Testimoni Puasa Kekal Bertenaga Dan Tidak Lapar Dengan Shaklee

Alhamdulillah. Seperti kita ketahui tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita bakal menyambut Ramadhan. Dah ganti puasa belum? Sekarang ini musim orang ganti puasakan? Betul tak? Tahun lepas first time saya berpuasa bersama produk Shaklee. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Anak-anak pon kurang dengar rungutan keletihan atau kelaparan. Kalau tak, puas pujuk untuk bertahan sehingga sampai waktu berbuka. Anda bagaimana? Ada yang tercari-cari makanan tambahan sepanjang bulan puasa ini? Jom lihat :)

Friday 1 May 2015

Tips Dan Pemakanan Bantu Naik Berat Badan

Masalah kekurangan berat badan berlaku apabila indeks jisim Tubuh ( BMI -untuk-umur ) anda berada di bawah garis 5 persentil. Anda mungkin kelihatan sihat tetapi badan anda mempunyai kadar metabolisme yang tinggi.

Kebanyakkan faktor utama seseorangan mengalami masalah kekurangan berat badan adalah disebabkan kurang pengambilan makanan. Kekurangan makanan ini adakalanya subjektif.Ada sebilangan wanita yang mengaku banyak makan,padahal dia hanya makan satu pinggan dan tidak habis pula.Dia merasakan dia sudah makan banyak namun tenaga kalori yang diperolehi tidak mencukupi .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...