Monday, 25 May 2015

Petua Atasi Masalah Rambut Beruban Di Usia Muda

Melihat muka di cermin dengan keadaan rambut yang semakin memutih membuatkan mereka berasa rendah diri dan malu untuk berjumpa rakan-rakan,khususnya bagi lelaki.Kalau perempuan yang bertudung,bolehlah selindung dan sorok masalah rambut itu. Bagaimana pula kalau yang tidak bertudung?
Perkara ini membuatkan lelaki runsing apabila dikatakan sudah tua hanya kerana uban di kepala.
Apakah penyebab utama yang membuatkan mereka tumbuh uban? Ada cara untuk atasi masalah uban ini?

Keturunan adalah punca utama terjadinya masalah tumbuh uban ketika usia muda. Kalau ada ahli keluarga sama ada ayah atau emak yang mepunyai uban sewaktu muda, kebarangkalian anak-anak untuk beruban juga tinggi.

Gen yang berpengaruh dalam tubuh badan seseorang itu akan menyebabkan tumbuhnya uban lalu menyebabkan rambut yang hitam bertukar keputihan.Ramai yang alami kini dan membuatkan mereka rasa bimbang keadaan itu.

Kurangnya Vitamin B juga adalah punca kepada tumbuhnya uban pada rambut kerana vitamin B adalah sumber penting kepada kesihatan rambut manusia terutama buat mereka yang masih muda.

Kurangnya Vitamin B dalam tubuh badan akan menyebabkan terjadinya pigmen pada rambut mereka. Kepentingan Vitamin B juga dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh badan,membantu penyerapan lemak dalam usus dan membantu dalam kestabilan metabolisme badan.

Bagi mengatasi masalah rambut beruban ini,mereka boleh mengambil banyak makanan seperti beras merah,kuning telur,susu,gandum dan kacang hijau untuk menambahkan vitamin B dalam badan terutamanya kepada kesihatan rambut.

Merokok juga penyebab kepada rambut beruban dengan cepat kerana kandungan nikotin di dalam darah yang cenderung menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.

Stes atau tekanan perasaan juga boleh menybabkan uban tumbuh.Tekanan menyebabkan Vitamin B berkurangan dalam badan,sekali gus menyebabkan uban tumbuh. Namun jangan terlalu bimbang kerana keadaan itu akan kembali normal semula jika tahap stress anda dapat dikawal dengan baik.

Terdapat banyak petua yang boleh mereka gunakan bagi mengatasi masalah ini.Seperti menggunakan air kelapa tua dan sapukan perlahan-lahan ke kulit kepala supaya ia meresap kepada kulit dan memberikan semula pemulihan yang berkesan dengan cepat. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu.

Penggunaan inai untuk mewarnakan rambut yang putih digalakkan kerana produk di luar belum tentu halal dan ada ketikanya tidak boleh digunakan untuk bersolat.

Lelaki atau perempuan di luar janganlah terlalu tertekan kerana penyembuhan rambut daripada beruban ini memerlukan masa untuk pulih,hadapi masalah ini dengan tenang.

Harus diingatkan supaya tidak mencabut uban yang tumbuh melata di rambut kerana penulis pernah terbaca petua orang tua-tua dulu,kalau tumbuh uban jangan dicabut kerana uban akan lebih banyak tumbuh.Lebih menakutkan lagi akan mengalami masalah rambut botak kerana kerap mencabut uban yang gatal.

6 Cara Atasi Masalah Rambut Beruban Di Usia Muda 

1. Mencegah stres
Tekanan yang sering dialami seseorang pada zaman moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.

2. Menjaga kebersihan kulit kepala
Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. Penggunaan syampu anti penuaan dan limau purut mampu mengatasi masalah rambut beruban.

3. Corak pemakanan yang sihat
Malnutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan ini menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut. Cuba aturkan pola pemakanan yang baik dan seimbang supaya dapat mencegah masalah rambut beruban ini dengan cepat.

4. Keperluan zat besiTubuh badan manusia memerlukan zat besi yang tinggi dan apabila kurangnya zat besi akan munculnya uban pada rambut. Zat besi membantu memberikan zat warna pada rambut lalu rambut akan tumbuh dengan subur dan kehitaman. Makanan yang seperti sayur bayam dan buah lemon membantu anda mendapatkan kandungan zat besi yang tinggi dalam badan.

5. Rawatan yang teratur
Tidak perlu ke salun kecantikan rambut untuk mendapatkan rawatan ini kerana dengan rawatan sendiri juga mampu mencegah rambut daripada penuaan. Usap campuran labu dan minyak kelapa pada rambut sekurang-kurangnya lebih satu jam pada rambut kemudian bilas. Lakukan secara teratur agar dapat mencegah terjadinya tumbuh uban pada rambut anda.

6. Rahsia penggunaan daun kari pada rambut
Orang India menggunakan daun kari untuk menjaga keindahan rambut mereka. Sebab itu bila kita lihat rambut masyarakat India tumbuh dengan sihat dan hitam bersinar. Gosokkan rambut dengan beberapa helaian daun kari dan campurkan sedikit dengan air suam lalu sapukan daun itu ke rambut anda akan dapat hasilnya yang memuaskan. Selamat mencuba!


Bagaimana rangkaian produk Shaklee boleh membantu anda mencegah dan mengatasi masalah rambut beruban ketika usia muda??


B-Complex Shaklee boleh membantu anda di  luar sana yang menghadapi masalah rambut beruban untuk mendapatkan sumber vitamin B12 yang mencukupi bagi mencegah dan mengatasi masalah rambut beruban.
Kekurangan vitamin B12 dikatakan menjadi salah satu sebab terjadinya rambut beruban. Anda mungkin tidak mampu mendapatkan vitamin B12 dari sumber makanan harian. 
Nak tak nak anda perlu mendapatkannya dari suplemen atau makanan tambahan. Suplemen dan makanan tambahan ini berfungsi menampung kekurangan nutrisi dalam diet harian yang tidak seimbang.


Pihak shaklee juga menyediakan anda suplemen zat besi yang terbaik untuk menjamin kesihatan anda yang menyeluruh dan berpanjangan.

Vita-lea iron formula berfungsi sebagai PELENGKAP NUTRISI. kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia. 

Selain itu multivitamin yang diformulasikan dengan zat besi ini juga memainkan peranan penting sebagai ELEMEN PENTING UNTUK SEL TUBUH. 

Ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hiduppertumbuhan sel barumembantu proses tumbesaranpertumbuhan rambutototkulit,kuku, dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.


Call/whatsapp 0197051983
Email :kedaikeluargasihat@gmail.com
Add fb saya http://facebook.com/entans1untuk berchatting secara langsung dengan saya
Klik LIKE di fanpage saya http://facebook.com/kedaikeluargasihat untuk mendapat DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
konsultasi percuma untuk customer saya sahaja ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...