Sunday 30 March 2014

Bulan Mac Bulan Keberkatan Rezeki Saya

mac
Salam ...hai!hai! Kini tiba masanya bulan Mac melabuh tirai. Sekejapnya rasa.. pejam celik pejam celik dah nak ke bulan April pulakkk.. huhu.. Hampir 4 @ 5 bulan jugalah saya aktif dalam shaklee ni.. Sebelum ni slow je tapi bulan Mac ni la saya nampak rezeki saya dalam Shaklee sedikit bertambah... Bila tengok dah bertambah makin semangatla saya buat Shaklee nih.. hihi...
Apa yang best sangat dengan bulan Mac ni? Seperti yang kawan-kawan ketahui bulan Mac ni bulan promosi ESP.. memang ramai yang suka dan mau try ESP ni.. SO bila dihitung hasil perkongsian bulan Mac ni sebanyak 7 ESP terjual...

Thursday 6 March 2014

Tips- Tips Keselamatan Bagi Kaum Wanita

tips keselamatan wanita
Add caption
Tips-Tips Keselamatan Bagi Kaum Wanita
1. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi di mana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam?

Pakar memberitahu > Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa yang akan berani menyerang anda di dalam lif yang berhenti di setiap tingkat.

2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah?

Khasiat Bawang Merah

bawang merah
Khasiat Bawang Merah ... Murah tetapi berkesan.

Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran-jiran mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam,cirit-birit,kudis dan lain-lain. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran-jiran mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje,letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring setiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya di bawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria-bakteria lain di bawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria di ruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

Testimoni Sendiri Meal Shake

testimoni meal shake
Selamat petang semua .. Baru ada kesempatan nak share testimoni sendiri pasal meal shake ni... Busy sikit hari ni.. Dari pagi uruskan anak-anak sampailah sekarang baru free ..

Awal-awal dulu saya beli meal shake ni untuk anak saya yang kecik sekali tu sebab kurang nak makan.. tapi sejak akhir-akhir ni nampaknya adalah selera nak makan. Kakaknya yang nombor 4 tu berumur 2 tahun setengah,bila diberikan meal shake ni makin bertambah-tambah selera makan .. Dia memang kaki pemakan.. Jadi, dah nampakkan kesan baik meal shake ni dalam membantu menaikkan selera makan anak-anak kita ni... oh ye sebelum terlupa yang mana nak gemukkan diri bagi nampak body shape yang menarik pon boleh ambil meal shake ni....

Sunday 2 March 2014

Apa Amalan Yang Perlu Dilakukan Jika Bayi Songsang?

amalan perbetulkan bayi songsang
❏ Ketika solat digalakkan untuk sujud lama sedikit sekurang-kurangnya dalam 5 minit.

❏Dalam keadaan sujud rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan baby dan baringkan selama 20-30 minit.

❏Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.

❏Buat seperti merangkak elakkan merangkak ke depan,buat dalam dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan ,baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah.

❏Ambil segelas air kosong,bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dh dibacakan dgn surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w... Lebihan air boleh lah diminum... Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama...

❏Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan kelahiran anak yang kita kandungkan...

❏Letak pek ais kt atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kt kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

❏Cuba bermain dengan touch light. Ambil touch light dan suluh kt bawah pusat. Tujuannya supaya bayi bergerak ke arah cahaya.

❏Rajin2 bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk dikedudukan yg betol. Banyak2kan berdoa, baca al-Quran dan wt solat hajat supaya ALLAH membantu kita. In shaa allah... kita kena yakin dan ikhlas..

Saturday 1 March 2014

Testimoni sendiri Advanced Joint Health Tablet

testimoni advanced joint health tablet
Sebelum saya mengambil ajht,saya mengidap sakit kaki kiri ( bahagian betis ) selama 3 tahun. Bukan 3 bulan, bukan 3 minggu,bukan 3 hari ye kawan-kawan tetapi 3 tahun.. Ma Shaa Allah ujian sungguh rasanya.. Orang lain tengok macam takda apa-apa tapi sendiri mengidap sendiri tau. Sebab saya orang yang jenis tahan je dalam diam... Tapi bila saya sudah start mengadu domba maksudnya sakit saya tu sudah dikategori sebagai parah.. .

Sepanjang 3 tahun itulah saya sakit sepanjang masa dan lebih-lebih terasa saat nak tidur malam sebab time tu badan dah relax jadi time tu jugalah sakit kaki yang kuat dirasai. Sepanjang 3 tahun itulah tidur saya terganggu.. saya x boleh tidur nyenyak sentiasa beralih posisi.. Ketika tidur juga kaki saya terpaksa tidur dlm keadaan bengkok sebelah sebab tak boleh lurus langsung. Bila luruskan kaki makin kuat sakit.

Khasiat Luar Biasa Timun

khasiat timun buang selulit
Khasiat Luar Biasa Timun

Timun popular sebagai ulam-ulaman atau alat bantu rawatan kecantikan wanita. Selain daripada itu ia kurang mendapat sambutan.

Tentu anda biasa melihat wanita meletakkan timun di mata mereka sebagai rawatan kecantikan. Timun dikatakan mampu MENGURANGKAN LINGKARAN MATA BENGKAK.

Tahukah anda, fotokimia dalam timun MENJADI KOLEGEN dalam kulit anda semakin mengetat, serta mengurangkan bengkak pada mata.

Tahukah anda bahawa anda boleh menggosok timun di bahagian yang mempunyai MASALAH SELULIT di tubuh badan anda untuk mengurangkannya?

Malahan ia juga memberi kesan yang sama pada kedutan? Wow, menariknya timun dengan harga yang murah mampu memberi kesan yang sama seperti krim yang mahal harganya.

Bahkan, anda boleh menyapu sedikit timun di bawah mata anak yang menangis dalam tempoh masa yang lama bagi mengelakkan bengkak

~oleh: HASNITA PaMa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...