Add caption |
1. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi di mana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam?
Pakar memberitahu > Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa yang akan berani menyerang anda di dalam lif yang berhenti di setiap tingkat.
2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah?
Pakar memberitahu > Lari terus ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada.Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap.
3. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam?
Pakar memberitahu > Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut,ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupon tiada siapa yang menjawab panggilan anda,anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang ,beliau kini telah bertukar menjadi seorang pelindung.
4. Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya?
Pakar memberitahu > Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali,tarik kolar baju pemandu tersebut.Bahagian atas bajunya juga menghasilkan kesan yang sama. Dalam erti kata lain, anda lebih selamat jika duduk di bahagian kerusi belakang.
5. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam?
Pakar memberitahu > Masuk ke dalam kedai atau premis berhampiran yang terang.Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam,masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar television tertutup. Kerana takut dicam,tiada siapa yang akan berani menyerang anda.
Selamat Mengamalkannya!!!
No comments:
Post a Comment