Saturday 28 December 2013

Betul Ke Delima Berkhasiat Untuk Wanita hamil?

khasiat delima
Buah Delima Kaya Khasiat

Rasanya ramai yang sudah mengetahui tentang khasiat yang banyak terdapat dalam buah delima terutama untuk wanita mengandung.

Amalkan makan buah delima ketika anda mengandung, kerana khasiatnya yang bagus untuk ibu dan bayi seperti:


Thursday 26 December 2013

Kenapa Saya Pilih Shaklee?


shaklee
Sebelum ni saya ni jenis yang tak sukakan MLM atau erti kata lain anti MLM. Apa jenis sekalipun MLM tu saya akan cuba lari dan tepis. Malah, orang2 yg jual produk MLM ni termasuk dalam senarai yang perlu dihindari kalau terjumpa.  ( blacklist ) Hehe.  Sebab sesetengah orang kata MLM ni suatu bentuk penindasan.. yang kaya makin kaya .. yang susah tetap terkebawah.. Dan lagi pandangan serong terhadap MLM ini ialah orang atas akan push orang bawah.. Haha..Skeptikalkan saya dan manusia lain di luar sana? hihi ..

Sunday 8 December 2013

Apakah Rawatan Terbaik Sekiranya Baby Tersedak Susu?

bayi tersedak susu
Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu
  • Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar..
  • Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar,dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan 

Monday 2 December 2013

Fakta bayi Unik


bayi
Dagu dan pinggul bayi yang baru lahir adalah sempit, dengan perut buncit sedikit, serta lengan dan kaki yang agak pendek. Berat puratnya lebih kurang 7.5 paun (3.2 kilogram) dan panjangnya 14-20 inci (35.6-50.8 sentimeter, walaupun bayi baru lahir pramasa adalah lebih kecil. Skor Apgar ialah ukuran peralihan bayi baru lahir dari rahim semasa sepuluh minit yang pertama.

Kepala bayi baru lahir adalah amat besar berbanding bahagian-bahagian badan yang lain, dan kraniumnya juga besar berbanding mukanya. Sedangkan tengkorak manusia dewasa adalah lebih kurang satu perlapan panjang badan penuh, bayi baru lahir adalah dua kali ganda ini. Ketika dilahir, banyak tempat tengkorak bayi baru lahir masih belum lagi dijadikan tulang. "Tempat-tempat lembut" ini digelarkan fontan. Dua tempat yang terbesar ialah fontanel anterior berbentuk intan dan yang terletak di bahagian depan kepala, serta fontanel posterior yang lebih kecil dan terletak di belakang kepala.

Semasa pelahiran dan kelahiran, tengkorak bayi bertukar bentuk untuk menyesuaikan dengan salur lahir dan oleh itu, kekadangnya menyebabkan bayi dilahir dengan kepala yang cacat atau panjang. Bagaimanapun, keadaan ini biasanya kembali ke keadaan normal dengan sendiri dalam jangka masa beberapa hari atau beberapa minggu. Senaman khas seperti yang dinasihatkan oleh pakar perubatan boleh membantu proses ini.

Sesetengah bayi baru lahir mempunyai bulu halus yang digelarkan lanugo, khususnya di belakang, bahu, dan dahi bayi pramasa. Lanugo hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu. Bukan semua bayi mempunyai rambut yang banyak. Ada yang botak, sedangkan ada yang mempunyai rambut yang terlalu halus sehingga hampir tidak dapat dilihat. Kulit kepala mungkin juga lebam-lebam atau bengkak sementara waktu, khususnya bagi bayi baru lahir yang botak, dan kawasan di sekeliling mata mereka mungkin bengkak juga.

Sebaik sahaja selepas kelahiran, kulit bayi baru lahir sering berwarna kekelabu-kelabuan hingga biru suram. Dan sebaik sahaja bayi memulakan penafasan, biasanya dalam seminit atau dua, warna kulitnya akan berpulih ke warna yang biasa. Bayi baru lahir adalah basah dan diliputi oleh tanda jalur darah serta bahan putih yang digelarkan verniks kaseosa dan yang dianggap bertindak sebagai rintangan antibakteria. Bayi baru lahir mungkin juga mempunyai bintik Mongolia, pelbagai tanda lahir, atau kulit mengelupas, khususnya di bahagian pergelangan tangan, tangan, mata kaki, dan kaki.

Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Selepas kelahiran, pakar perubatan akan memotong tali pusat untuk meninggalkan 1-2 inci. Tali pusat yang kontot itu akan menjadi kering dan kerepot, serta gelap, dan jatuh sendiri dalam tempoh kira-kira tiga minggu. Kadang-kala, pihak hospital akan meletakkan pencelup ganda tiga (triple dye) pada tali pusat yang kontot itu bagi mencegahkan jangkitan dan oleh itu, menjadikan tali pusat dan kawasan sekelilingnya bertukar menjadi warna ungu.
Bayi baru lahir hilang banyak daripada ciri-ciri fizikal yang tersebut dengan pantas dan oleh itu, bayi yang lebih tua kelihatan amat berbeza. Sedangkan bayi yang lebih tua dianggap "comel", bayi baru lahir mungkin kelihatan "tidak menarik" dan oleh itu, ibu bapa pertama kali mungkin harus dididik mengenai perkara ini.

Sumber WIKIPEDIA ( Ensiklopedia bebas )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...