Tepat jam 8:30am bergerak suami khuruj fi sabilillah.. Apa tu? Biasalah aktiviti rutin bulanan usaha sebarkan hidayat atas rasa tanggungjawabnya.. ( Tablighla ) heee...Biasanya untuk setiap bulan suami akan keluar 3h di kawasan setempat ( Johor Bahru ). Inilah pengorbanan yang dipilih sejak 13 tahun yang lalu.. Dah ready mental dan fizikal untuk sentiasa ditinggalkan..
Masa,diri,harta dan tenaga kita korbankan untuk beli Syurga Allah swt yang lebih luas dan indah dari dunia dan seisinya.. Allahu... Tak dapat dibayangkan keindahannya tapi itu semua kita dapat dengan buat pengorbanan luar biasa. Macam kat dunia ni hidup kita ada standard biasa,pertengahan dan VIP. So kita nak standard VIP akhirat.. In shaa Allah.
