Friday, 9 January 2015

72 Jam Berpisah?

Tepat jam 8:30am bergerak suami khuruj fi sabilillah.. Apa tu? Biasalah aktiviti rutin bulanan usaha sebarkan hidayat atas rasa tanggungjawabnya.. ( Tablighla ) heee...Biasanya untuk setiap bulan suami akan keluar 3h di kawasan setempat ( Johor Bahru ). Inilah pengorbanan yang dipilih sejak 13 tahun yang lalu.. Dah ready mental dan fizikal untuk sentiasa ditinggalkan..

Masa,diri,harta dan tenaga kita korbankan untuk beli Syurga Allah swt yang lebih luas dan indah dari dunia dan seisinya.. Allahu... Tak dapat dibayangkan keindahannya tapi itu semua kita dapat dengan buat pengorbanan luar biasa. Macam kat dunia ni hidup kita ada standard biasa,pertengahan dan VIP. So kita nak standard VIP akhirat.. In shaa Allah.
Apa yang mendorongkan saya untuk menggalakkan suami khuruj ni? Sudah tentulah sebab saya tau kelebihan-kelebihan besar yang diganjarkan untuk mereka yang keluar di Jalan Allah swt. Apa kelebihan-kelebihannya itu?

Antaranya :-
  • Orang yang keluar di Jalan Allah swt ini jika ditakdirkan meninggal dunia,matinya adalah syahid.  
  • Dr Aisyah r.ha meriwayatkan bahwa aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Tubuh badan siapa yg pernah dimasuki debu di jalan Allah swt maka Allah swt pasti akan mengharamkan keatasnya api neraka (HR Musnad Ahmad Tabrani)
  • Dr Abdullah bin Umar r.a. berkata bahwa aku telah mendengar Rasulullah saw telah bersabda ; Bilamana kamu terlalu sibuk di dalam urusan jual beli, dan kamu memegang ekor lembu dan leka bercucuk tanam dan kamu meninggalkan jihad, maka Allah swt akan menimpakan ke atas kamu kehinaan yg tidak akan terluput sehinggalah kamu kembali kepada agamamu (yang berjihad itu adalah sebahagian darinya) (HR Abu Daud)
  • Dr Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda : tiga manusia adalah merupakan tanggungan Allah swt jika mereka hidup, mereka akan diberi rezeki dan akan dibantu dalam pekerjaan yg mereka lakukan. Dan jika mereka meninggal dunia maka Allah swt akan memasukkan mereka ke dalam syurga. Pertama ialah orang yg masuk ke rumahnya lantas memberi salam, kedua org yg pergi ke masjid,ketiga orang yg keluar dijalan Allah swt (HR Ibn Hibban)
  • Ada juga tersebut dalam hadith, Orang yang keluar di Jalan Allah swt ini akan didoakan Malaikat 3 perkara :-
  1. Malaikat itu akan mendoakan Allah swt mengampunkan dosa orang yang keluar di Jalan Allah swt.
  2. Malaikat itu akan mendoakan Allah swt mengampunkan dosa orang yang ditinggalkan.
  3. Malaikat itu akan mendoakan agar Allah swt menyatukan mereka di Jannah kerana di dunia mereka selalu berpisah-pisah kerana-Mu. Bestkan Kalau kita satu family dok dalam syurgawi Allah swt? 

  • Sepagi sepetang di Jalan Allah swt lebih baik daripada dunia dan seisinya. 
  • Isteri yang menggalakkan suaminya keluar di Jalan Allah swt akan masuk syurga 500tahun dahulu    daripada suaminya. In shaa Allah. Dan dia akan dihias cantik oleh bidadari Syurga.. Allahu.. (Biarlah di dunia ini tak secantik Siti Nurhaliza tapi di Akhirat saya cantik lebih daripada Bidadari.) hihi
  • Isteri yang menggalakkan suami keluar di Jalan Allah swt dan pada masa yang sama dia juga berkorban sama keluar akan masuk syurga 1000tahun lebuh dahulu daripada suaminya.. Ma shaa Allah.. 

Untuk khuruj ni ada tertib-tertibnya.. Bukan main keluar je... 
  • Untuk Lelaki  3h / 10h setiap bulan, 40h -2bulan setiap tahun , Seumur hidup ( ulama )
  • Untuk wanita 3h setiap 3 bulan, 3h-15h setiap tahun, 40h - 2 bulan 3 tahun sekali

Itulah dia serba sedikit cerita mengenai kehidupan saya sejak 13 tahun yang lalu... " Sayang anak-anak tangan-tangankan , sayang ISTERI tinggal-tinggalkan" Ma shaa Allah... Harap pengorbanan kecil kami ini hidayat tersebar seluruh alam.. Untuk saudara-saudara kami di luar sana yang ditindas dibantu Allah swt asbab pengorbanan mereka yang keluar di JalanMu,, ya Rabb!!Amin .. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...