Sunday 30 November 2014

Anggur Atasi Darah Tinggi

Resepi Anggur

1) 15-20 biji anggurBahan- Bahan ( 1 orang )

2) 1/4 ( 50ml ) cawan air

Cara- Cara Penyediaan :-

1) Bersihkan anggur.

2) Belah dua dan buang biji.

3) Masukkan anggur dan air ke dalam blender atau mixer. Kisar sehingga anggur hancur.

4) Jika suka minum sejuk bolehla tambah ketul ais.


     **** Jus ini boleh mengelakkan darah tinggi dan menghilangkan rasa letih.

Saturday 29 November 2014

Petua Halia ( Zanjabil )

petua halia dan kesihatan
Firman Allah swt yang bermaksud : Dan mereka di dalam syurga itu diberi minuman sejenis minuman yan campurannya daripada Zanjabil.

                                                                                                       
                                            (  surah al insan 76:17 )

Halia sudah tidak asing bagi kita,baik sebagai ramuan masakan mahupun ubat-ubatan. Sifat khas halia disebabkan adanya minyak atsiri dan oleoresin halia. Aroma harum halia disebabkan oleh minyak atsiri, sedangkan oleoresinnya menyebabkan rasa pedas. Minyak atsiri dapat diperolehi daripada rizom halia kering. Ekstrak minyak halia berbentuk cairan kental bewarna kuning kehijauan,berbau harum tetapi tidak memiliki kompnen pembentuk rasa pedas. Kandungan minyak atsiri dalam halia kering sekitar 1-3 peratus.Halia banyak mengandung komponen pembentuk rasa pedas.

Menurut kitab-kitab perubatan islam,halia (zanjabil) dapat mengatasi masalah masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada,jantung,lelah ,lemah paru-paru,angin dalam badan,mengubati darah,penghadaman,usus serta membuang keracunan badan.

Friday 28 November 2014

Timun Murah Khasiat Hebat

timun untuk sakit kerongkong
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaaf Abu Thalib r.huma,beliau berkata :

** Maksudnya : Aku pernah melihat Rasulullah  ( SAW ) makan ruthab (tamar dan mentimun).
                   
                                                        ( Riwayat al-Bukhari no 5440)

Timun atau mentimun (nama saitifiknya cucumis sativus) ialah tanaman memanjat yang mempunyai sulur dahan berbentuk spiral.Biasanya ditanam di sawah dan di ladang-ladang sebagai tanaman untuk sayur atau salad.

Apabila seseorang sakit kerongkong yang menyebabkannya sukar bercakap atau hilang suara kerana batuk yang melampau,usahlah gusar kerana biji timun dapat menyembuhkan penyakit tersebut.

Wednesday 5 November 2014

Kisah Imam Malik :Tangan si Pemandi Mayat Melekat Di Tubuh Si Mati

zina,fitnah
BUAT IKHTIBAR KAT KITA......

Kisah Imam Malik :: Tangan Si Pemandi Mayat Melekat Di Tubuh Si Mati ::

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.
Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...