Ulama' kita telah gariskan,kejayaan ummat ini dan ummat akan datang adalah apabila mereka mengikut jejak langkah para sahabat r.anhum kerana mereka dicintai rasululullah SAW.
" Apabila kamu ingin meniru,maka tirulah mereka yang telah mati ( sahabat-sahabat ra )." Hadith
Sahabat-sahabat RA dapat title Radiallahuanhum,yakni kehidupan mereka di dunia,Allah SWT telah redha kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.
Kita ummat yang sama,macam mana mahu jalani kehidupan di dunia ini dengan dapat redha Allah swt,maka kita perlu ikut jejak para sahabat RA.
" Sahabatku umpama bintang di langit,ikutilah mereka,nescaya kamu tidak sesat " - Hadith
Jadi,Ulama' telah gariskan beberapa perkara supaya kita dapat mengikut jejak langkah mereka yang mulia.
Umumnya,sahabat RA ada 6 sifat yang mulia, iaitu :-
- Mereka ada hakikat kalimah toiyibah LailahailallahMuhammadurrasulullah
- Mereka ada hakikat solat yang khusyuk dan huduk
- Mereka ada hakikat ilmu dan zikir
- Mereka ada hakikat ikram muslimin
- Mereka ada hakikat ikhlas Niat
- Mereka ada hakikat dakwah dan tabligh (Lapang diri,masa dan harta,keluar di jalan Allah swt )
Jadi keenam-enam sifat inilah yang perlu kita usahakan dalam diri kita. Ulama' kata bila mana keenam-enam sifat ini kita dapat usahakan maka ia akan memudahkan kita untuk mengamalkan keseluruhan agama. Dan secara tidak langsungnya agama kita akan menjadi lebih sempurna.
Sekarang kita muzakarahkan, bagaimana ke enam-enam perkara ini dapat hadir dalam diri kita.
1.USAHA ATAS KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH.
1.USAHA ATAS KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH.
A.KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH :
MAKSUD :
Maksud daripada kalimah ini , Tiada tuhan selain Allah dan kita “meyakini hanyasanya Allah SWT sahaja yang berkuasa, makhluk langsung tiada kuasa” Apabila kita melafazkan kalimah ini dengan secara tidak langsungnya kita telah membuat satu pengakuan dan berjanji akan mematuhi segala perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.
- Allah tidak memerlukan makhluk untuk melakukan sesuatu
- Allah tidak memerlukan keizinan makhluk untuk melakukan sesuatu
- Makhluk memerlukan keizinan Allah swt untuk melakukan sesuatu.
- Allah Maha berkuasa makhluk tiada satu kuasa pon boleh menandingi keesaan-Nya.
- Allah tidak memerlukan makhluk untuk melakukan sesuatu
- Allah tidak memerlukan keizinan makhluk untuk melakukan sesuatu
- Makhluk memerlukan keizinan Allah swt untuk melakukan sesuatu.
- Allah Maha berkuasa makhluk tiada satu kuasa pon boleh menandingi keesaan-Nya.
CARA NAK DAPAT :Jadi untuk dapat hakikat yakin pada ALLAH swt yang sempurna dalam hati, maka hari-hari kena banyak cakap kebesaran ALLAH swt. Nafikan kebesaran makhluk, masukkan kebesaran ALLAH swt dalam hati. Jumpa manusia, cakap kebesaran ALLAH swt, supaya kebesaran ALLAH swt akan masuk dalam hati, Insya-ALLAH. Hari-hari kene dakwah diri sendiri,anak-anak dan saudara mara akan kebesaran Allah swt. Hari ini kita kene yakin Allah yang bagi rezeki bukan wang gaji suami kita,ayah kita dan sebagainya. Hari ini kita kene yakin Allah yang bagi kita kenyang bukan makanan. Hari ini kita kene yakin Allah yang hilangkan dahaga bukan air minuman. Hari ini kita kene yakin Allah yang bagi kita tidur. Hatta kerdipan anak mata pon terkedip dengan izin Allah swt. Hari ini kita lihat kipas berpusing semuanya atas keizinan Allah swt dan bukan suis yang menghidupkan agar kipas itu berpusing. Apa-apa yang ada di muka bumi ini semua asbab belaka. Kisah nabi Ibrahim dengan Namrud,kisah Nabi Musa Allah swt a.s dengan firaun serta banyak lagi kisah contoh tauladan yang boleh kita jadikan pegangan membuktikan Allah swt berkuasa atas tiap-tiap sesuatu itu. Semuanya dengan keizinan dari-Nya.Bila mana Allah kata 'Kun Faya kun' maka jadilah seperti yang dikehendaki-Nya. Air dan api boleh mendatangkan kebaikan dan kemudaratan dengan izin -nya. Api boleh membakar dan terbakar tapi tanpa keizinan-Nya,ia tidak berlaku seperti sifat sebenarnya.. Allahu..Selebihnya kita berdoa semoga Allah swt mengurniakan kita hakikat kalimah yakin ini.
KELEBIHAN :Bila mana akhir kalam dapat ucap kalimah toyyibah ini, maka wajib syurga baginya InsyaALLAH. Iman sebesar zarah, ALLAH Ta’ala bagi syurga 10 kali luas dunia, Insya-ALLAH.Kalimah ini jika ditimbang dengan dunia dan seisinya maka berat lagi timbangan kalimah ini . Ada juga tersebut dalam hadith,tiang arasy Allah SWT akan bergoncang dan tidak akan berhenti selagi Allah swt tidak mengampunkan dosa orang yang menyebut kalimah ini. Begitu tinggi nilai kalimah ini di sisi Allah swt.
B.KALIMAH MUHAMMADUR RASULULLAH
MAKSUD :
Meyakini hanya dengan cara Nabi saw sahaja, bawa kejayaan pada kita, dunia dan akhirat.
Sunnah Nabi SAW terbahagi kepada 3 iaitu :
Sunnah Surah- (Penampilan Nabi saw)
Sunnah Sirah- (Perjalanan Nabi saw)
Sunnah Sarirah- (Fikir Risau Nabi saw)
Sunnah Surah- (Penampilan Nabi saw)
Sunnah Sirah- (Perjalanan Nabi saw)
Sunnah Sarirah- (Fikir Risau Nabi saw)
CARA NAK DAPAT :
I.Penampilan Nabi saw, umum mengerti macam mana penampilan Nabi saw. Jadi kita punya penampilan pun harus macam Nabi saw. (belajar-belajar Insya-ALLAH) Contohnya simpan janggut, berpakaian bersih.II.Perjalanan Nabi saw, Sunnah-sunnah Baginda saw dari Baginda saw bangun tidur sampai Baginda saw tidur balik. Kita pun harus buat perkara yang sama Insya-ALLAH. Contonya amalkan adab-adab doa bangun tidur, doa masuk tandas, doa makan,doa adab perjalanan dan amal doa-doa masnun yang lain.
III.Fikir Nabi saw, adalah fikir risau ummat-Nya, bagaimana setiap ummat-Nya, boleh selamat dari azab api neraka, masuk syurga ALLAH swt, Insya-ALLAH. Kita juga kena belajar-belajar fikir risau ummat Insya-ALLAH. Contoh cara baginda berdakwah, cara baginda berjumpa orang.
KELEBIHAN :
"Barangsiapa Mengikuti Sunnah Ku, Maka Dia Mencintai Ku, Barangsiapa MencintaiKu, Maka Dia Akan Bersama Ku Dalam Syurga" – Hadis. Satu sunnah jika kita dapat amalkan dizaman fasya' dan mungkar ( kerosakan manusia ) ini, Allah swt akan memberi ganjaran 100 pahala syahid.Bagi mereka yang mengamalkan sunnah dijanjikan mendapat 4 ganjaran di dunia dan 4 ganjaran di akhirat :-
Ganjaran Dunia :-
- Disayangi orang
- Ditakuti musuh
- Hidupnya diberkati
- Agamanya tidak dicemari
Ganjaran Akhirat
- Kita akan mengenal Rasulullah
- Rasulullah akan memberi syafaat
- Rasulullah akan mengenali kita
- Di kubur kita akan berjiran dengan rasulullah.
2.USAHA ATAS SOLAT YANG KHUSYU’ DAN KHUDU’
2.USAHA ATAS SOLAT YANG KHUSYU’ DAN KHUDU’
MAKSUD :Membawa ketaatan dalam solat, ke luar solat (dalam solat kita merendahkan pandangan, di luar solat kita merendahkan pandangan. Dalam solat kita zikir, di luar solat kita zikir, dll) Selain itu dengan solat kita dapat buka khazanah Allah swt. Melalui solah semua masalah akan selesai. Dengan solah jugalah cara kita berhubung dengan Allah swt.
Ulama’ kata, macam mana pembawakan kita dalam solat, macam itulah kita di luar solat. Dalam solat kita tawajjuh, luar solat pun kita akan tawajjuh, Insya-ALLAH, begitulah sebaliknya.
Solat yang paling tinggi mutunya, dapat tarik nusrah ALLAH swt secara tunai (macam mana kisah Saidina Ali karamALLAHuwajhah tiada makanan, maka kisar gandum telah berputar mengeluarkan gandum asbab solat Saidina Ali karamALLAHuwajhah tersebut) dan solat sekurang-kurangnya dapat cegah kita dari fasakh dan mungkar.
CARA NAK DAPAT :Solat mengikut sunnah Nabi saw, iaitu berjemaah, di tempat azan di laungkan, di awal waktu.Kaum lelaki yang bersolat di mana azan dilaungkan secara berjemaah akan diberi ganjaran 27 pahala. Sementara kaum wanita yang menggalakkan suami atau muhrim solat di mana azan dilaungkan akan dapat pahala penuh solat lelaki di masjid atau surau ( 27 + 1 pahala sendiri punya solat ) Dan total pahala kaum wanita dapat ialah 28 pahala.. Ma shaa Allah untungnya jadi kaum wanita. Kelebihan lain bagi wanita yang mengambil wudu' sebelum azan diazankan, dihari kebangkitannya nanti Allah swt akan membangkitkannya dengan wajah yang bercahaya seperti matahari. Jika kaum wanita mengambil wudu' semasa azan diazankan,dihari kebangkitannya nanti Allah swt akan membangkitkan dia dengan wajah yang bercahaya seperti bulan purnama. Dan jika kaum wanita ambil wudu' selepas azan diazankan,in shaa Allah dihari kebangkitan nanti Allah akan bangkitkan dia dengan wajah bercahaya seperti kerlipan bintang di langit. Begitulah diibaratkan jika kita mengambil berat tentang kelebihan solat di awal waktu.. Semakin kita melewat-lewatkan pengambilan wudu' dan solat,maka semakin malaplah cahaya diwajah kita. Dan ketahuilah sebaik-baik solat seorang wanita adalah di dalam rumahnya. Dan di dalam rumah itu ada ruang bilik. Dan wanita itu bersolatlah di dalam ruang bilik yang bertutup itu. Kelebihannya dikatakan jika wanita itu bersolat di dalam rumahnya sendiri dan di dalam bilik seumpama dia berimamkan rasulullah SAW. Selain itu kepentingan solat di awal waktu kerana ditakuti kedatangan 3 perkara :-
1) Kedatangan haid atau nifas
2) Kedatangan tetamu ( kita terpaksa layan mereka dan dikuatiri kita terlepas melakukan solat )
3) Kedatangan maut.
Selain itu, amalkan solat-solat sunat untuk tampung kekurangan solat fardu kita. In shaa Allah dengan itu solat kita akan bertambah kekualitiannya. Dan pada masa yang sama kita doa pada Allah swt untuk beri kita hakikat solat khusyuk dan huduk. In shaa Allah.
1) Kedatangan haid atau nifas
2) Kedatangan tetamu ( kita terpaksa layan mereka dan dikuatiri kita terlepas melakukan solat )
3) Kedatangan maut.
Selain itu, amalkan solat-solat sunat untuk tampung kekurangan solat fardu kita. In shaa Allah dengan itu solat kita akan bertambah kekualitiannya. Dan pada masa yang sama kita doa pada Allah swt untuk beri kita hakikat solat khusyuk dan huduk. In shaa Allah.
KELEBIHAN :Dengan jaga Solat, ALLAH swt akan beri 5 ganjaran :
- Rezekinya di permudahkan
- Ditarik azab kubur
- Mendapat buku catitan amal dengan tangan kanan
- Melintas titian sirat sepantas kilat
- Masuk Syurga Tanpa Hisab
3.USAHA ATAS HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR
A.ILMU
MAKSUD :Ilmu adalah mengetahui mana satu perintah ALLAH swt yang perlu diutamakan dalam satu-satu keadaan.
Contohnya ketika bekerja, tiba-tiba azan berkumandang, maka satu orang yang ada kefahaman ilmu, dia akan tinggalkan kerja, dan pergi kepada solat berjemaah. Inilah kefahaman ilmu yang sebenar. Hari ni banyak orang tahu agama. Tapi tak faham kehendak agama yang sebenar, hakikatnya.
Maksud ilmu juga, “Apa-apa yang dapat membantu kamu menjawab soalan kubur, itulah dikatakan ilmu.”
CARA NAK DAPAT :Ilmu terbahagi kepada dua , ilmu fadha’il dan ilmu masa’il,I.Ilmu Masa’il- kita boleh belajar dengan guru-guru yang mursyid. Ilmu masa’il maksud nya adalah ilmu mengenai hukum hakam sesuatu perkara.
II.Ilmu Fadha’il - adalah ilmu tentang kelebihan sesuatu amal. Ilmu fadha’il boleh kita perolehi dengan duduk dalam majlis taklim atau mendengar bacaan kitab Fadha’il Amal (di dalam majlis Ta’lim wa Ta’lum)
II.Ilmu Fadha’il - adalah ilmu tentang kelebihan sesuatu amal. Ilmu fadha’il boleh kita perolehi dengan duduk dalam majlis taklim atau mendengar bacaan kitab Fadha’il Amal (di dalam majlis Ta’lim wa Ta’lum)
*Kita duduk dalam majlis taklim Fadha’il Amal, supaya kita sentiasa ada jazbah untuk mengamalkan sesuatu amal, Insya-ALLAH.
KELEBIHAN :
- Satu orang yang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan, dari 1000 orang abid ( ahli ibadah ).
- Tidur satu orang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan dari seorang abid yang beribadah sepanjang-sepanjang malam.
- Orang yang menuntut ilmu semata-mata kerana Allah swt jika ditakdirkan meninggal matinya dikira shahid.
- Sesiapa yang keluar menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah swt akan mendorongnya jalan ke syurga.
MAKSUD :Zikir pula ialah sentiasa meletakkan ALLAH swt di dalam hati setiap masa & ketika.
CARA HENDAK DAPAT :Ulama’ telah beri panduan pada kita untuk amal zikir 300 pagi & 300 petang
1.Subhanallah (33) + Alhamdulillah (33) + ALLAHuakbar (34)
2.Selawat ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad saw. (100)
3.Lailahaillah anta subhanak inna kunna laminazollimin (100)
4.Astaghfirullahal‘azim (100)
KELEBIHAN :Satu orang yang zikir hidup disisi ALLAH swt, seseorang yang tidak berzikir dianggap mati di sisi ALLAH swt. Zikir juga membesarkan amalan pahala. Zikir juga benteng godaan syaitan. Dilaporkan dalam sebuah hadith bahawa rasulullah SAW bersabda ;' telah berjayalah mereka yang unggul sendiri'. Para sahabat bertanya :" Siapakah yang unggul itu ya rasululullah?' Rasulullah menjawab ' Ialah mereka yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya ( yakni orang-orang yang sentiasa sibuk dengan zikrullah'. Orang yang sentiasa mengingati Allah dalam kelapangan dan kesenangan,nescaya Allah swt juga akan sentiasa mengingatinya dalam kesusahan dan kesempitan.
( Hazrat Abu Darda r.a berkata )
MAKSUD :Menunaikan hak saudara (seIslam) kita, tanpa menuntut hak. Memuliakan mereka, kerana Iman yang ada dalam diri mereka.
Setiap orang Islam adalah mulia di sisi ALLAH swt, kerana Iman yang ada dalam diri mereka. Bila mana sifat ikram ini ada di dalam setiap manusia,hidup pasti bertambah harmoni. Sebab semua manusia faham akan hak setiap orang. Hak isteri terhadap suami,hak suami terhadap isteri,hak anak-anak terhadap ibu bapa,hak ibu bapa terhadap anak-anak, hak majikan dengan pekerja,hak pekerja dengan majikan,hak hidup sesama kejiranan dan sebagainya.
Ada 6 Hak saudara yang perlu kita tunaikan :-
1) Apabila bertemu seseorang dan dia memberi salam,wajib kamu jawab salam.
2) Apabila seseorang di antara kamu meminta nasihat, wajib kamu memberi nasihat
3) Apabila seseorang menjemput kamu hadir ke majlisnya ( bukan majlis lalai) wajib kamu hadir.
4) Apabila seseorang bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, kamu hendaklah jawab yarhamkallah/yarhamkillah ( mendoakan kesejahteraan padanya.)
5) Apabila ada orang meninggal hendaklah kamu hantar jenazahnya ke perkuburan ( bagi lelaki )
Ada 6 Hak saudara yang perlu kita tunaikan :-
1) Apabila bertemu seseorang dan dia memberi salam,wajib kamu jawab salam.
2) Apabila seseorang di antara kamu meminta nasihat, wajib kamu memberi nasihat
3) Apabila seseorang menjemput kamu hadir ke majlisnya ( bukan majlis lalai) wajib kamu hadir.
4) Apabila seseorang bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, kamu hendaklah jawab yarhamkallah/yarhamkillah ( mendoakan kesejahteraan padanya.)
5) Apabila ada orang meninggal hendaklah kamu hantar jenazahnya ke perkuburan ( bagi lelaki )
CARA NAK DAPAT :
- Kita hendaklah memuliakan Alim Ulama’
- Kita hendaklah menghormati Orang-orang Tua
- Kita hendaklah berkasih Sayang dengan Kanak-kanak
KELEBIHAN :Menunaikan hak saudara seislam kita, ALLAH swt akan bagi kita 73 hasanah,
1 hasanah, ALLAH swt akan bagi di dunia (yang mana cukup untuk keperluan kita di dunia)
72 hasanah lagi, ALLAH swt akan bagi di akhirat kelak.
Satu orang yang membatalkan niat iktikaf, kerana pergi menunaikan hajat saudara dia, Maka ALLAH swt akan bagi dia 10 tahun pahala iktikaf yang di terima,
satu malam ikitikaf, ALLAH swt jauhkan dia dari api neraka sejauh 3 parit.
Satu parit, adalah sejauh jarak langit dan bumi. Barangsiapa menyembunyikan kesilapan saudaranya nescaya Allah swt akan menyembunyikan kesilapannya.Barang siapa yang membuka aib saudaranya,nescaya Allah swt akan membuka aibnya meskipon dalam rumahnya sendiri.
5.USAHA ATAS NIAT YANG IKHLAS :
MAKSUD :Melakukan perintah-perintah ALLAH swt, semata-semata kerana ALLAH swt.
CARA NAK DAPAT :Kita harus selalu check niat kita, sebelum -> semasa -> sesudah beramal pastikan ikhlas semata-mata kerana ALLAH swt.
KELEBIHAN :Niat yang ikhlas semata-mata kerana ALLAH swt, ALLAH swt akan lipat gandakan ganjaran amal. Sebagaimana satu orang Sahabat ra yang sedekahkan satu biji tamar, dan dia ikhlas kerana ALLAH swt, maka Nabi saw beritahu, dia punya pahala adalah sebesar Gunung Uhud. Jika antara kamu sedekah emas sebesar gunung uhud tapi tidak ikhlas,sia-sia belaka. Allah swt berfirman; "Aku tidak memandang rupa paras wajahmu,kekayaanmu tetapi aku memandang hatimu '
Keihklasan ini disifatkan halus sangat. Hatta Malaikat sekalipon tidak mampu mengetahui nilai keikhlasan manusia. Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui keikhlasan hamba-Nya.
Sifat ikhlas ini diibaratkan seperti semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di waktu malam yang gelap gelita. Memang tidak akan kita nampak dan ketahui. Begitu halusnya nilai sifat ikhlas ini. Kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah swt agar diberikan kita hakikat ikhlas sebenar.
MAKSUD :Membetulkan salah faham kita, bahawa diri dan harta kita bukan milik kita, tetapi ALLAH swt telah beli diri dan harta kita dengan syurga.
Jadi kita harus infakkan diri dan harta kita di jalan ALLAH swt kerana
- Harta yang digunakan di jalan kebaikan ALLAH swt akan hisab
- Harta yang digunakan di jalan kemungkaran ALLAH swt akan azab
- Harta yang tidak akan di hisab atau di azab ialah digunakan di jalan ALLAH swt
CARA NAK DAPAT :Bagi masa keluar di jalan ALLAH swt
Untuk usaha atas iman diri sendiri dan mengajak orang lain untuk usaha atas iman
Selama :
Kaum Lelaki
1 Tahun (Ulama’ ‘Alim)
4 bulan (Sekurang-kurangnya seumur hidup)
40 hari (Setiap Tahun)
10-3hari (Sebulan)
Kaum wanita
3h setiap 3 bulan
10h- 15h setiap setahun
40h-2 bulan setiap 3 tahun
Ulama’ kita beritahu, apabila kita keluar jalan ALLAH swt selama 4 bulan. Maka ALLAH swt akan bagi roh agama.
Macam mana bayi dalam kandungan, 4 bulan sahaja, dia dapat roh/nyawa.
Satu wanita di zaman Saidina Umar ra telah merindui suami nya yang keluar di jalan ALLAH swt yang sangat lama.
Maka Saidina Umar ra telah tanya adik perempuannya, berapa lama wanita boleh bertahan sepeninggalan suaminya ke jalan ALLAH swt, maka adiknya telah bagi isyarat jari 3 atau 4.
Maka Saidina Umar ra telah memendekkan tempoh sahabat ra keluar di jalan ALLAH swt kepada 4 bulan
KELEBIHAN :Mereka yang keluar di jalan Allah swt akan didoakan oleh malaikat akan 3 perkara :-
1) Malaikat berdoa agar Allah swt mengampunkan dosa orang yang keluar di jalan Allah.
2) Malaikat berdoa agar Allah swt mengampunkan dosa orang yang ditinggalkan
3) Satukan mereka di jannah-Mu kerana di dunia mereka sentiasa berpisah-pisah kerana-Mu.
Mereka yang keluar di Jalan Allah ini jika ditakdirkan meninggal,matinya dikira syahid.
Debu-debu yang melekat pada anggota badan mereka yang keluar di jalan Allah swt tidak akan disambar api neraka. Allahu Akhbar..
Semoga apa yang disampaikan ini memberi manfaat kepada anda di luar sana. Mari kita sama-sama amalkan.. Yang baik dan sempurna itu Milik-nya,dan yang kurang lagi buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri...
Satu wanita di zaman Saidina Umar ra telah merindui suami nya yang keluar di jalan ALLAH swt yang sangat lama.
Maka Saidina Umar ra telah tanya adik perempuannya, berapa lama wanita boleh bertahan sepeninggalan suaminya ke jalan ALLAH swt, maka adiknya telah bagi isyarat jari 3 atau 4.
Maka Saidina Umar ra telah memendekkan tempoh sahabat ra keluar di jalan ALLAH swt kepada 4 bulan
KELEBIHAN :Mereka yang keluar di jalan Allah swt akan didoakan oleh malaikat akan 3 perkara :-
1) Malaikat berdoa agar Allah swt mengampunkan dosa orang yang keluar di jalan Allah.
2) Malaikat berdoa agar Allah swt mengampunkan dosa orang yang ditinggalkan
3) Satukan mereka di jannah-Mu kerana di dunia mereka sentiasa berpisah-pisah kerana-Mu.
Mereka yang keluar di Jalan Allah ini jika ditakdirkan meninggal,matinya dikira syahid.
Debu-debu yang melekat pada anggota badan mereka yang keluar di jalan Allah swt tidak akan disambar api neraka. Allahu Akhbar..
Semoga apa yang disampaikan ini memberi manfaat kepada anda di luar sana. Mari kita sama-sama amalkan.. Yang baik dan sempurna itu Milik-nya,dan yang kurang lagi buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri...
No comments:
Post a Comment