Sunday 19 October 2014

Vitamin C Untuk Wanita Hamil

Salam semua ... Selamat petang ... Moga hari-hari anda seceria-cerianya ..
Di sini ingin saya berkongsi kebaikan kepada rakan-rakan kelebihan vitamin C untuk para IBU Hamil..

Kebanyakkan orang menganggap vitamin C diperlukan semata-mata untuk kecantikkan TETAPI sebenarnya vitamin C mempunyai banyak fungsi dalam badan kita. Paling utama vitamin C diperlukan dalam badan kita untuk menyerap zat besi. Kadang-kadang IBU Hamil ambil vitalea, b complex, pil zat besi atau asid folik yang diberikan oleh klinik , HB tetap tak naik-naik. Sebab ape agaknya? Sebab badan IBU itu sendiri kekurangan zat vitamin C. Jadi zat besi tidak dapat diserap dengan baik. HB pon tak naik-naik.

IBU Hamil tidak digalakkan ambil panadol dan ubat antibiotik. Jadi,vitamin C sebenarnya pilihan terbaik untuk elakkan dari sakit. Jika demam atau selsema telan sahaja 5 biji vitamin C dalam sehari.. In shaa Allah cepat sembuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...