Thursday 14 May 2015

Ibu Pejabat Shaklee Di Pleasanton, California

Ibu Pejabat Shaklee Di Pleasanton, California bukan sekadar pusat operasi, malah ia adalah simbolik kepada falsafah yang didokong oleh Shaklee.

Ia direkabentuk oleh arkitek terbilang- Gensler,menjadikan bangunan ini mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap " Kehidupan Yang Harmoni Bersama Alam Semulajadi." Anda boleh menikmati pemandangan indah - langit,tumbuh-tumbuhan,bukit bukau dan kehijauan tanah lapang,tidak kira di mana posisi anda berada di dalam bangunan ini. Rekabentuknya yang serba moden dan maju,membolehkan ia diterangi secara semulajadi oleh cahaya luar,serta pembinaannya daripada bahan dan warna secara semulajadi.


Anda dijemput ke pejabat kami untuk menyaksikannya dan di antara keunikannya seperti :-

  • Bahan-bahan kayu dan pintu diambil dari kawasan hutan mampan
  • Pembuatan permaidani daripada bahan yang dikitar semula
  • Kerusi-kerusi diperbuat daripada bahan yang dikitar semula
  • Tanaman lanskap yang dijaga rapi terdiri daripada sebahagiaan tumbuhan botanik yang terdapat di dalam produk-produk Shaklee
  • Penggunaan sensor pergerakkan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga.
  • Penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor eletrik,bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan pada masa yang sama menapis kepanasan.
  • Penggunaan " Low -E glass" di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang efisyen.
  • Peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih efisen dan menjamin kualiti udara.
  • Ruang dalaman yang luas bagi menggalakkan suasana kerja yang lebih harmoni dan menjamin peredaran udara segar.
  • Orientasi bangunan yang mesra alam dan kedudukannya yang berhampiran dengan pengangkutan awam.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...