Thursday 21 May 2015

Bagaimana Jadikan Rumah Kita Selamat Untuk Si Kecil?

RUMAH yang sepatutnya menjadi tempat selamat bagi kanak-kanak rupanya tidaklah seselamat yang kita harapkan. Kenapa? Kebanyakkan kita ibu bapa ketika merancang mengubahsuai dan mengatur hiasan rumah,kita sering mendahulukan selera kita sebagai orang dewasa untuk menghiasnya secantik yang mungkin. Tanpa kita sedari pemilihan perhiasan dan dekorasinya mungkin telah mengabaikan aspek keselamatan untuk anak-anak kita yang lebih banyak menghabiskan sebahagian masa mereka di rumah berbanding kita.

Dengan perancangan dan pengubahsuaian yang mudah,ibu bapa boleh menjadikan rumah tempat yang selamat bagi kanak-kanak. Jom Lihat Petua Keselamatan Utama :-

  • Jangan sesekali meninggalkan bayi atau kanak-kanak bersendirian atau terkunci di dalam bilik.
  • Simpan semua sabun pembersih,pencuci kotoran dan lain-lain bahan kimia yang berbahaya di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau di dalam almari yang terkunci. Jangan isi bahan-bahan ini ke dalam bekas lain kerana kanak-kanak mungkin terkeliru dan menyangka ia makanan atau minuman.
  • Simpan barang kemas,pewangi ,tali pinggang dan tali leher di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
  • Apabila memasak,sama ada di dapur atau di luar BBQ,kenduri dan sebagainya jangan benarkan kanak-kanak berada berdekatan dengan bahan memasak sepanjang masa.
  • Bahan bakar seperti mancis dan lilin perlu disimpan di tempat yang selamat.
  • Pastikan pemasangan wayar elektrik di rumah anda selamat.Jangan bebankan plak elektrik dengan pelbagai peralatan atau menyoroknya wayar eletrik di bawah permaidani atau tikar. Pastikan tiada kerosakkan pada bahagian luar wayar elektrik.
  • Gunakan penutup soket plak bagi menghalang anak-anak daripada memasukkan jarinya atau lain-lain benda ke dalamnya. 
  • Kesat atau lap sebarang tumpahan di lantai dengan segera untuk mengelakkan daripada tergelincir dan terjatuh.
  • Simpan peti bantuan kecemasan yang lengkap dan pastikan setiap orang dewasa di dalam rumah tahu d mana letaknya peti ini.
  • Anda digalakkan menggunakan alat pemadam api dengan pengesan asap di dalam rumah.Patuhi jadual selenggara dan servis alat-alat ini.
  • Merokok membahayakan kesihatan.Ia juga boleh mengakibatkan kebakaran.Untuk keselamatan dan kesihatan anak,keluarga dan diri anda sendiri,berhentilah merokok.
  • Jangan tinggalkan anak berdekatan dengan air walaupun cetek. Ini termasuklah kolah/tab mandi.Ini kerana anak anda mungkin lemas di dalam air sedalam beberapa sentimeter sahaja.
  • Wujudkan jalan keluar daripada rumah jika berlaku kecemasan seperti kebakaran.
  • Simpan semua ubat di dalam kabinet yang berkunci.Jangan tinggalkan botol vitamin atau ubat-ubatan di atas meja dapur atau meja bersebelahan katil. Jangan beritahu anak bahawa ubat-ubatan adalah gula-gula. Jangan makan ubat di hadapan anak-anak.

Cadangan Ruang Bilik Si Kecil Bermain 

Selamat Mengamalkannya !!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...