Sejak kebelakangan ini berbagai-bagai cerita kurang enak kedengaran yang mana setiap kes berlaku pasti dikaitkan dengan Produk Shaklee.Boleh nampak lepas satu-satu kes hangat dan sensasi pasti terselit namanya Shaklee. Rupa-rupanya begini rasanya rencah asam garam hidup dalam dunia perniagaan. Pasti ada sahaja cerita yang kurang enak didengari. Kadang-kadang ia juga sedikit sebanyak boleh mengganggu fokus kita. Betul tak? Bagi mereka bergelar Pengedar Shakleela. Bukan senang untuk meyakinkan orang ramai tentang kepentingan ambil suplemen apatah lagi meyakinkan orang ramai tentang kebaikan produk kami. Mungkin inilah cabaran yang perlu ditempuhi seandainya kita menjebakkan diri dalam apa jua jualan langsung pasal produk. Tapi Yang pasti Produk Shaklee sudah lama bertapak.
Seperti dalam gambar sebelah, kenyataan daripada pihak pengurusan Shaklee cukup memperjelaskan akan isu berkaitan Alfalfa Complex yang kita sudah maklum menjadi viral berkaitan kematian seorang pelajar. Pelajar tersebut meninggal dunia secara tiba-tiba dan dikaitkan dengan penggunaan produk yang pelbagai jenis dan antaranya Alfalfa Complex. Sebahagian sumber mengatakan punca kematian pelajar tersebut disebabkan berlakunya pendarahan otak bukan berpunca daripada penggunaan Alfalfa Complex atau produk lain. Walaubagaimanapun ingin dikongsikan pendapat peribadi iaitu pengambilan pelbagai produk dalam satu-satu masa adalah kurang sesuai.
Alfalfa Complex adalah formulasi pelbagai vitamin, mineral, flavonoid dan serat. Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman Alfalfa ( Medicago sativa ) secara organik di California yang bebas daripada pestisid,herbasid, dan menggunakan bahan kompos/baja bahan kimia.Alfalfa juga dikenali sebagai " Raja Tumbuhan". Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfafa.Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil.Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian daun-daun yang telah dikeringkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.
Kelebihan lain Alfalfa Complex merupakan sejenis tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Malah Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran.Ia kaya dengan protin,asid amino,klorofil,serat,15 zat galian,10 vitamin,8 enzim dan fitokimia. Pengambilan 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.
Shaklee telah menjalankan lebih 80000 ujian ke atas setiap produknya bagi memastikan kebersihan dan sentiasa selamat digunakan.Makanan tambahan Shaklee dirumus berdasarkan kajian klinikal epidemiologi dan selamat digunakan oleh beratus-ratus dan beribu-ribu pengguna di seluruh dunia setiap tahun. Ia direka untuk menampung gaya hidup sihat, menampung kekurangan nutrisi yang mungkin berlaku dan membantu menyokong fungsi optimum badan.
Maka itu, Alfalfa Complex selamat digunakan.
No comments:
Post a Comment