Memilih Produk
Sebelum membeli produk,pastikan dahulu jenis rambut anda dan pilih bersesuaian.
Rambut anda normal kalau ia tidak berminyak atau kering,tidak pernah dikerinting atau diwarnakan,dapat mengekalkan sesuatu gaya dengan baik,tampak elok dan sihat hampir setiap masa.
Rambut anda halus/berminyak kalau ia mudah longlai,nampak tidak bermaya dan nipis ,sukar didandan,mudah menjadi berminyak semula selepas dishampoo. Dan jika anda mempunyai rambut kering,ia kelihatan kusam,terasa kasar atau kering ,mudah kusut,sukar disikat atau diberus,telah menjalani rawatan kimia ( dikerinting,diluntur atau diwarna ) mudah bercabang dihujungnya dan mengerbang.
Penjagaan Rambut
a) Membasuh rambut
Jarang sekali kita memikirkan sama ada cara kita bersyampu itu betul atau tidak sedangkan proses ini kita lakukan hampir setiap hari.Ikuti cara ini :
- Biarkan rambut anda jatuh secara semulajadi semasa membasuhnya sama ada berdiri di bawah pancuran atau menyandarkan kepala anda ke luar tab mandi.
- Basuh rambut rata-rata dengan air suam untuk mempersediakannya kepada syampu.
- Ambil syampu secukupnya dan letak dalam tapak tangan anda.
- Busakan syampu itu di dalam tangan anda dan barulah diletakkan ke rambut. Bermula dari kulit kepala,gosok perlahan-lahan dengan hujug jari ( seakan mengurut ).Pastikan rambut itu dibiarkan jatuh semulajadi,tidak dilonggokkan di atas kepala atau digosok terlalu kuat.
- Bilas bersih dengan air sambil anda melurutnya perlahan dari atas ke bawah dengan jari.Jangan gosok rambut yang basah dengan kuat kerana dalam keadaan ini rambut mudah rosak.
b) Merapi
- Pastikan semua syampu sudah dibilas bersih
- Tuangkan perapi secukupnya di tapak tangan.
- Pakaikan perapi ke rambut dan gosoknya perlahan-lahan dengan hujung jari hingga serata.Biarkan satu atau dua minit.
- Bilas perapi biarkan air mengalir melalui rambut sambil anda melurut perlahan.
c) Mengeringkan rambut
- Ambil sehelai tuala yang kering dan bersih untuk menekap rambut hingga kering .Jangan digosok rambut itu.
- Ketika rambut masih basah,leraikan rambut yang kusut menggunakan sikat kasar atau berus.Sikat ke bawah bermula dari hujung rambut dan perlahan-lahanbergerak hingga ke akar.
- Gunakan produk pendandan jika mahu tapi tidak terlalu banyak.
- Kalau boleh biarkan rambut anda kering sendiri,tapi jika perlu menggunakan alat pengering,pastikan rambut sudah dilap kering dengan tuala ( Tidak ada yang menitis keluar ),gunakan setting rendah,alat pengering digerak-gerakkan di seluruh kepala dan tidak tertumpu pada satu kawasan sahaja.
Sumber : The World Of Hair ; A Scientific Companion Oleh Dr.John Gray Untuk Penyelidikkan Penjagaan Rambut Protector & Gamble.
Okey sekarang sudah jelaskan bagaimana penjagaan rambut yang betul?Adakah anda tercari-cari Set Penjagaan Rambut Shaklee? Kalau ya KLIK SINI .
No comments:
Post a Comment