Wednesday 31 December 2014

Muzakarah 6 Sifat Unggul Sahabat Contoh Ikutan Kejayaan Manusia

Allah swt telah meletakkan kejayaan manusia pada hari ini ialah sejauh mana dia mentaati perintah Allah swt dan meninggalkan larangan-Nya dengan mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana perintah Allah swt itu amat luas dan kadang-kadang payah untuk kita ikuti maka para alim ulama' telah mengkaji daripada Nur Hadith dan Al-Quran bahawa terdapat 6 sifat/perkara yang mulia dan unggul di kalangan para sahabat yang mana ianya telah membawa mereka kepada kejayaan dunia dan akhirat. Kejayaan yang dikatakan di sini ialah bukanlah dari 'susah kepada senang' , 'miskin kepada kaya' tapi kejayaan sebenar manusia hanya dalam agama sejauh mana ia dapat mentaati perintah Allah swt dan ikut Sunnah Nabi SAW. Allah SWT tidak meletakkan atau mengukur kejayaan manusia baik lelaki dan perempuan dengan harta,wang ringgit,pangkat dan kedudukan. Allah menilai setiap hambanya dengan iman dan ketaqwaan kepada-Nya.

Ulama' kita telah gariskan,kejayaan ummat ini dan ummat akan datang adalah apabila mereka mengikut jejak langkah para sahabat r.anhum kerana mereka dicintai rasululullah SAW.



Tuesday 16 December 2014

Alfalfa Complex

Perbezaan Shaklee

Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman Alfalfa ( Medicago sativa ) secara organik di California yang bebas daripada pestisid,herbasid, dan menggunakan bahan kompos/baja bahan kimia.Alfalfa juga dikenali sebagai " Raja Tumbuhan". Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfafa.Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee

Kajian Membuktikan Keunggulan Shaklee Nutrisi Semulajadi Terbaik

Jenama Shaklee Kini bukanlah asing lagi Di Malaysia. Sebut sahaja Shaklee rata-rata masyarakat sudah mengenalinya. Ini kerana jenama Shaklee sudah bertapak selama hampir 56Tahun. Ia juga merupakan syarikat nutrisi semulajadi pertama di Amerika Syarikat dan di Malaysia.Pelbagai kejayaan berhasil daripada testimoni-testimoni yang dikongsi oleh pengguna serta melalui kaedah ujian klinikal lebih 100 laporan saintifik yang telah dilakukan. Jom kita melihat tahap keunggulan yang dicapai oleh Shaklee setakat ini. Tahap keberkesananya tidak dinafikan menjadi pelengkap nutrisi semulajadi anda!

Untuk menilai tahap kesihatan pengguna jangkamasa panjang supplemen Shaklee, Maka dengan itu Shaklee telah mengambil langkah bergabung dengan kajian daripada UC Berkely School Of Public. Keberhasilan kajian itu menunjukkan mereka yang mengambil supplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil sebarang supplemen berdasarkan 4 penanda aras biologi kesihatan.

11 Tips Untuk Meningkatkan Kesuburan













1) Fahami Proses Kehamilan
  • Memahami bagaimana sistem pembiakan berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor kesuburan.
2) Jumpa Doktor
  • Pasrtikan bebas daripada sebarang masalah dengan membuat rawatan doktor.
3) Berat Badan Yang Ideal
  • Sekiranya mempunyai berat badan yang berlebihan atau berkurangan,ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan.
4) Ketahui Waktu Subur
  • Hari subur wanita cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur,peluang untuk hamil adalah tinggi.

Monday 15 December 2014

Peppermint Ginger Plus

Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur,dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknoligi sains yang terkini. Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya,gastrik,mabuk laut,sendawa dan penghadaman.

Manfaat utama

Pudina - Melegakan otot perut,ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman,mabuk lauk/darat,membantu melegakan kesakitan gastrik,pedih hulu hati dan cirit-birit.Selain itu, melegakan ia kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kimoterapi. Pudina meransang mengeluarkan

Meal Shakes Terbaik

Perbezaan Shaklee

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi- buah-buahan,sayur-sayuran,kacang soya,lactalbumin ( sejenis susu) dan lain-lain.Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya,ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti

Garlic

Perbezaan Shaklee :

Dibuat daripada bawang putih jenis premium,bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California,USA diwaktu musim panas. Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan suhu 100% Allicin aktif ( tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba ( Rosemary dan spearmint ).Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkansebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

Punca Kemalangan Jalan Raya Dan Tips Untuk Mengatasinya

KELETIHAN semasa memandu merupakan punca utama kemalangan jalan raya. Kemalangan sebegini boleh terjadi pada bila-bila masa, tetapi masa paling kerap ialah di antara pukul 10 malam hingga 8 pagi dan awal pagi hingga tengah hari.
Kemalangan yang berpunca dari rasa letih lazimnya menyebabkan kecederaan yang teruk berbanding kemalangan akibat punca- punca lain. Pemandu yang keletihan bertindak balas lebih lambat dan pertimbangannya mudah terganggu.
Ini menyebabkan terjadinya kemalangan yang mengakibatkan beribu-ribu kecederaan dan kematian setiap tahun, yang pada hakikatnya boleh dielakkan.
Apakah yang dimaksudkan dengan keletihan semasa memandu?
Keletihan yang amat sangat lazimnya disebabkan oleh masalah-masalah psikologi seperti berasa kekurangan tenaga, kepenatan atau keletihan.

Sunday 14 December 2014

Collagen Powder Shaklee

Collagen Powder Shaklee
Perbezaan Shaklee
Shaklee collagen powder adalah supplemen kolagen yang unggul,mengandungi 4,000mg kolagen RSS ( Sisik Ikan Merah ) proprietari,sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi diekstrak dari sisik Ikan Merah.Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular,sekitar 1000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton ) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica,kolagen ikan,ekstrak kekerang,Lactobacillus acidophilus,Vitamin C dan Vitamin B,digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokon kecantikan anda dari dalam ke luar.

Vivix Shaklee

Setahun yang lalu,Shaklee memperkenalkan Vivix produk supplemen revolusionari anti-penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular.Lebih 1 juta botol vivix telah pun dijual. 

Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee,Syarikat No 1 supplemen makanan di Amerika.

Di dalam kajian makmal,ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme penting penuaan pada tahap sellular.

Thursday 11 December 2014

Zinc Complex Shaklee

Perbezaan Shaklee :
Dirumuskan dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfafa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang.Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Wednesday 10 December 2014

Nutriferon Shaklee

Penemuan terhebat dalam Bidang Immunologi

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr.Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954.

Selepas membuat kajian selama 40tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan,Dr Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semualajadi di dunia ( Nutriferon).Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu,bunga sunflower,Honeysuckle Jepun dan biji Plantago,mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulanya yang digunakan adalah semulajadi,selamat,tulin dan berkesan.Penemuan dan rekaannya telah diktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Nutriferon adalah satu formula Eksklusif dan di Paten oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa.Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee.

Ostematrik Shaklee Terbaik

Perbezaan Shaklee

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya 99%.Formula unik,dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati,mengandungi kalsium,magnesium,fosforus dan vitamin D,zinc,kuprum,maganes dan boron.Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur.

Tuesday 9 December 2014

Omega Guard Shaklee

Kelebihan Shaklee
Minyak ikan terbaik di dunia. Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin,mackerel,herring,anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan.Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.Berbanding dengan produk Omega di pasaran,Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega 3 -EPA dan DHA.

Monday 8 December 2014

Basic H Super Cleaning Concentrate Shaklee

Basic H Organic Super Cleaning Concentrate shaklee
Basic H adalah apa yang anda perlukan untuk beribu-ribu pekerjaan isi rumah. Kepekatan yang tinggi -16 auns membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa apabila bercampur dengan air.Pembersih serbaguna dan berkuasa menghilangkan kotoran,gris dan kotoran dari permukaan mana-mana boleh dibasuh di dalam dan keluar.Cairkan mengikut arahan. 

  • Tiada bilas,tiada sisa,formula bebas coretan
  • Tanpa toksik
  • Asli
  • Ganda dua tetumpu 
  • surfaktan biodegrasi

Sunday 7 December 2014

Berhenti Rokok Dengan Shaklee

testimoni rokok dengan shaklee
Nikmat sihat merupakan nikmat luar biasa yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Dengannya manusia dapat melaksanakan tugasan dan tanggungjawabnya dengan baik. Tidurnya nyenyak dan makan minumnya juga memuaskan. Semangat untuk bekerja dan berusaha akan sentiasa berkobar-kobar.

Namun sayangnya,manusia kadang-kadang lupa akan nikmat yang tidak terkira ini ketika masih sihat. Setelah ia sakit barulah ia merasakan betapa kesihatan itu mahal harganya. Manusia akan melakukan apa-apa sahaja untuk mendapatkan nikmat sihat itu kembali dengan pelbagai cara mengikut kemampuan mereka.

Antaranya dengan meminum minuman keras,menggunakan dadah dan ubat-ubatan terlarang dan yang lebih umum lagi adalah merokok. Mereka tidak berfikir bahawa perkara yang dibuat itu sama sahaja dengan tidak mensyukuri nikmat yang Allah telah berikan. Mereka yang merokok adakalanya berkata " Merokok atau tidak sama sahaja,akhirnya mati juga".

Thursday 4 December 2014

Kembar Seiras Testimoni Kesihatan Shaklee

                 
    Gambar di bahagian atas menunjukkan saudara kembar pada umur 4 tahun.


Ini gambar mereka pada umur 69 tahun.Satu daripada mereka menggunakan produk Shaklee.Cuba anda teka yang mana satu.

Mary dan kembarnya adalah kembar seiras.Mary Anderson dari Evansville,Indiana adalah pengguna tetap produk Shaklee untuk lebih 20 tahun. Kembar Mary lebih gemar menggunakan produk dari jenama lain,dan jarang-jarang menggunakan Shaklee. Sungguhpun mereka dilahirkan dengan kod genetik yang sama,Mary lebih bertenaga,rasa lebih baik,tampak lebih muda dan lebih sihat dari kembarnya. Mary memiliki "tenaga tanpa had"pada umur 69tahun.Mary sangat aktif dengan gerejanya dan banyak melakukan kerja-kerja sukarela.Dia merupakan President Organisasi Republican tempatan.

Semua menyangka ibu beranak 4 ini dan nenek kepada 6 remaja  ini lebih muda dari umur 69tahun!Suami Mary berusia 77tahun juga menggunakan produk Shaklee." Tiada siapa yang meneka umurnya juga!"

Wednesday 3 December 2014

COQHealth Plus Shaklee

Jantung anda mengepam hampir 2000 gelen darah ke seluruh bahagian tubuh anda setiap hari. Sebagai otot yang bekerja keras di dalam tubuh anda dan pusat kawalan utama sistem peredaran darah,jantung anda memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap. Tenaga tersebut diperolehi dengan bantuan nutrien yang dipanggil koenzim Q10 ( CoQ10),yang juga berperanan membantu kesihatan salur darah. CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud di dalam semua sel.Pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10, akan tetapi amaun CoQ10 yang diperolehi dari pemakanan secara tipikal adalah kurang dari 10mg sehari. Perlu diingat,faktor seperti diet yang tidak seimbang,faktor usia,dan pendedahan harian kepada radikal-radikal bebas meningkatkan lagi keperluan untuk nutrien yang amat penting ini.

Tuesday 2 December 2014

Khasiat Kurma Bagi Wanita Hamil Dan Ibu Menyusu

Antara Manfaat Tamar/Kurma:-
Antaranya ialah berguna untuk menguatkan urat-urat perut,mengendurkan ketegangan urat-urat saraf dan melembutkan perangai seseorang yang kasar.

Manfaat Lain Bagi Tamar ialah:-\
 - Memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh bakteria
   dalam perut.

-Meminum air rendamannya dapat melancarkan pembuangan kecil seterusnya ia menguatkan limpa.

Kajian terbaru menunjukkan tamar ( kurma ) secara keseluruhannya merupakan sejenis makanan
berkhasiat dan dapat menyembuhkan banyak penyakit.

Telah terdapat riwayat yang kuat daripada Nabi SAW bahawa baginda memakan kurma dengan mentega.Khasiatnya adalah untuk membersihkan hati daripada toksik,mengutkan kemampuan seksual dan menyembuhkan radang tenggorok.

Monday 1 December 2014

Bawang Putih hindar Kanser??

Bawang putih sudah dikenal oleh manusia sejak 4000 tahun dahulu. Dalam sebuah papirus bertarikh 1500SM ditemui catatan bahawa orang Mesir percaya adanya 22 khasiat bawang putih untuk mengubati penyakit. Tidak hairanlah apabila bawang putih ditemui dalam makam Raja Tutankhamun dari Mesir.Dikatakan juga bahawa bawang putih digunakan oleh pekerja pembina piramid untuk meningkatkan stamina dan mencegah penyakit.

Pada masa lalu,Orang yunani dan Romawi menggunakan bawang putih untuk mengubati penyakit kusta dan asma,serta menghalau kala jengking.Manakala dalam resepi makanan Lebanon,bawang putih sejak dahulu digunakan sebagai ramuan untuk diet.

Seiring dengan dengan peredaran waktu,semakin banyak ditemui khasiat bawang putih bagi kesihatan yang kemudiannya diuji melalui kajian-kajian yang dijalankan di dalam mahupun di luar negeri. Bawang putih diyakini berkhasiat menurunkan kadar kolestrol. Hal ini disebabkan adanya zat ajoene di dalam bawang putih,iaitu suatu zat yang bersifat antikolestrol dan membantu mencegah penggumpalan darah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...