Showing posts with label Selesema. Show all posts
Showing posts with label Selesema. Show all posts

Thursday, 15 January 2015

Vitalea ( Multivitamin ) Untuk Kanak-Kanak

vitalea multivitamin untuk kanak-kanak
Selain diwajibkan mengambil makanan berkhasiat mengikut sistem piramid makanan, tahap kesihatan anak-anak anda dapat disokong lagi dengan pengambilan Vitalea atau Multivitamin. Kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukan supplement multivitamin terutamanya kalsium bagi membantu melengkapkan zat dan nutrisi yang kurang dalam badan.

Monday, 1 December 2014

Bawang Putih hindar Kanser??

Bawang putih sudah dikenal oleh manusia sejak 4000 tahun dahulu. Dalam sebuah papirus bertarikh 1500SM ditemui catatan bahawa orang Mesir percaya adanya 22 khasiat bawang putih untuk mengubati penyakit. Tidak hairanlah apabila bawang putih ditemui dalam makam Raja Tutankhamun dari Mesir.Dikatakan juga bahawa bawang putih digunakan oleh pekerja pembina piramid untuk meningkatkan stamina dan mencegah penyakit.

Pada masa lalu,Orang yunani dan Romawi menggunakan bawang putih untuk mengubati penyakit kusta dan asma,serta menghalau kala jengking.Manakala dalam resepi makanan Lebanon,bawang putih sejak dahulu digunakan sebagai ramuan untuk diet.

Seiring dengan dengan peredaran waktu,semakin banyak ditemui khasiat bawang putih bagi kesihatan yang kemudiannya diuji melalui kajian-kajian yang dijalankan di dalam mahupun di luar negeri. Bawang putih diyakini berkhasiat menurunkan kadar kolestrol. Hal ini disebabkan adanya zat ajoene di dalam bawang putih,iaitu suatu zat yang bersifat antikolestrol dan membantu mencegah penggumpalan darah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...