Bawang putih sudah dikenal oleh manusia sejak 4000 tahun dahulu. Dalam sebuah papirus bertarikh 1500SM ditemui catatan bahawa orang Mesir percaya adanya 22 khasiat bawang putih untuk mengubati penyakit. Tidak hairanlah apabila bawang putih ditemui dalam makam Raja Tutankhamun dari Mesir.Dikatakan juga bahawa bawang putih digunakan oleh pekerja pembina piramid untuk meningkatkan stamina dan mencegah penyakit.
Pada masa lalu,Orang yunani dan Romawi menggunakan bawang putih untuk mengubati penyakit kusta dan asma,serta menghalau kala jengking.Manakala dalam resepi makanan Lebanon,bawang putih sejak dahulu digunakan sebagai ramuan untuk diet.
Seiring dengan dengan peredaran waktu,semakin banyak ditemui khasiat bawang putih bagi kesihatan yang kemudiannya diuji melalui kajian-kajian yang dijalankan di dalam mahupun di luar negeri. Bawang putih diyakini berkhasiat menurunkan kadar kolestrol. Hal ini disebabkan adanya zat ajoene di dalam bawang putih,iaitu suatu zat yang bersifat antikolestrol dan membantu mencegah penggumpalan darah.
