Showing posts with label Detox Complex. Show all posts
Showing posts with label Detox Complex. Show all posts

Sunday, 7 December 2014

Berhenti Rokok Dengan Shaklee

testimoni rokok dengan shaklee
Nikmat sihat merupakan nikmat luar biasa yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Dengannya manusia dapat melaksanakan tugasan dan tanggungjawabnya dengan baik. Tidurnya nyenyak dan makan minumnya juga memuaskan. Semangat untuk bekerja dan berusaha akan sentiasa berkobar-kobar.

Namun sayangnya,manusia kadang-kadang lupa akan nikmat yang tidak terkira ini ketika masih sihat. Setelah ia sakit barulah ia merasakan betapa kesihatan itu mahal harganya. Manusia akan melakukan apa-apa sahaja untuk mendapatkan nikmat sihat itu kembali dengan pelbagai cara mengikut kemampuan mereka.

Antaranya dengan meminum minuman keras,menggunakan dadah dan ubat-ubatan terlarang dan yang lebih umum lagi adalah merokok. Mereka tidak berfikir bahawa perkara yang dibuat itu sama sahaja dengan tidak mensyukuri nikmat yang Allah telah berikan. Mereka yang merokok adakalanya berkata " Merokok atau tidak sama sahaja,akhirnya mati juga".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...