Nikmat sihat merupakan nikmat luar biasa yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Dengannya manusia dapat melaksanakan tugasan dan tanggungjawabnya dengan baik. Tidurnya nyenyak dan makan minumnya juga memuaskan. Semangat untuk bekerja dan berusaha akan sentiasa berkobar-kobar.
Namun sayangnya,manusia kadang-kadang lupa akan nikmat yang tidak terkira ini ketika masih sihat. Setelah ia sakit barulah ia merasakan betapa kesihatan itu mahal harganya. Manusia akan melakukan apa-apa sahaja untuk mendapatkan nikmat sihat itu kembali dengan pelbagai cara mengikut kemampuan mereka.
Antaranya dengan meminum minuman keras,menggunakan dadah dan ubat-ubatan terlarang dan yang lebih umum lagi adalah merokok. Mereka tidak berfikir bahawa perkara yang dibuat itu sama sahaja dengan tidak mensyukuri nikmat yang Allah telah berikan. Mereka yang merokok adakalanya berkata " Merokok atau tidak sama sahaja,akhirnya mati juga".
Showing posts with label Carotomax. Show all posts
Showing posts with label Carotomax. Show all posts
Sunday, 7 December 2014
Friday, 28 November 2014
Timun Murah Khasiat Hebat
** Maksudnya : Aku pernah melihat Rasulullah ( SAW ) makan ruthab (tamar dan mentimun).
( Riwayat al-Bukhari no 5440)
Timun atau mentimun (nama saitifiknya cucumis sativus) ialah tanaman memanjat yang mempunyai sulur dahan berbentuk spiral.Biasanya ditanam di sawah dan di ladang-ladang sebagai tanaman untuk sayur atau salad.
Apabila seseorang sakit kerongkong yang menyebabkannya sukar bercakap atau hilang suara kerana batuk yang melampau,usahlah gusar kerana biji timun dapat menyembuhkan penyakit tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)

