Friday, 28 November 2014

Timun Murah Khasiat Hebat

timun untuk sakit kerongkong
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaaf Abu Thalib r.huma,beliau berkata :

** Maksudnya : Aku pernah melihat Rasulullah  ( SAW ) makan ruthab (tamar dan mentimun).
                   
                                                        ( Riwayat al-Bukhari no 5440)

Timun atau mentimun (nama saitifiknya cucumis sativus) ialah tanaman memanjat yang mempunyai sulur dahan berbentuk spiral.Biasanya ditanam di sawah dan di ladang-ladang sebagai tanaman untuk sayur atau salad.

Apabila seseorang sakit kerongkong yang menyebabkannya sukar bercakap atau hilang suara kerana batuk yang melampau,usahlah gusar kerana biji timun dapat menyembuhkan penyakit tersebut.

                Petua Merawat sakit pada kerongkong

                       1) Ambil sedikit biji timun
                       2) Campurkan dengan sedikit garam
                       3) Kumur beberapa kali sehari
        
Pengubatan ini dipercayai dapat mengembalikan suara yang hilang akibat sakit tersebut.. 
In shaa Allah..

Penyakit pening kepala sehinga mengakibatkan penurunan berat badan dapat diatasi dengan menggunakan timun mentah atau yang telah dimasak. Selain itu, mentimun juga dapat digunakan untuk mengubati penyakit disentri.

Buah yang mudah diperolehi dan murah ternyata mampu menurunkan tekanan darah tinggi,seriawan,memudahkan buang air kecil dan menghilangkan kedut pada kulit.

Sayangnya,walaupon buah ini mengandungi vitamin A,B,C,E serta beberapa zat lain,buah ini kurang diberi keuramaan sebagai bahan kajian.

Timun mentah bersifat menurunkan panas dalaman,meningkatkan stamina dan lain-lain. Selain itu,timun juga mengandungi flavonoid dan polifenol sebagai anti radang serta mengandungi asid malonat yang berfungsi menghalang gula agar tidak berubah menjadi lemak. Sekaligus dapat mengurangkan risiko pertambahan berat badan.

Kandungan seratnya yang tinggi berguna untuk melancarkan proses membuang air besar, menurunkan kolestrol dan meneutralkan racun. Buah timun yang dimakan,disahkan mampu membantu membersihkan ginjal. Khasiat timun ternyata sangat banyak. Selain itu,timun mampu menurunkan demam dalam waktu yang singkat serta menurunkan darah tinggi.

Selain dapat dijadikan minuman,buah timun boleh digunakan secara luaran dengan diparut dan ditampalkan pada kulit untuk melegakan demam,dibubuh pada luka,luka terbakar,
parut,jerawat,membersihkan kulit muka berminyak dan mengurankan kulit yang gatal.


Kaedah Penggunaan Timun Sebagai Ubat

1) Tekanan darah tinggi - Buah timun segar hendaklah dicuci bersih lalu diparut.Hasil parutannya diperah dan ditapis. Air perahan ini hendaklah diminum. Lakukan 2-3 kali sehari.

2) Seriawan - Setiap hari makanlah buahan timun sebanyak sebilan biji .Lakukan secaran rutin.

3) Membersihkan Ginjal - Timun segar dicuci lalu diparut. Hasil parutannya diperah dan disaring.Airnya diminum sedikit demi sedikit sehingga rusuk terbiasa menerima cairan timun.

4) Demam - Timun dicuci bersih,lalu diparut.Hasil parutannya diletakkan di atas perut.

5) Jerawat - Buah timun dicuci lalu dihiris nipis-nipis. Hirisan timun ditampalkan dan digosok-gosok pada kulit yang berjerawat.Lakukan setiap hari.


Sumber : Allah Doktorku


Kepada mereka yang tidak menggemari timun, boleh juga mengamalkan supplement Vitamin E,B complex ( Vitamin B2, Vitamin B 1, Ostematrik (Kalsium ), Carotomax ( Vitamin A ) dan Vitamin C.

Call/whatsapp 0197051983
Email :kedaikeluargasihat@gmail.com
Add fb saya http://facebook.com/entans1untuk berchatting secara langsung dengan saya
Klik LIKE di fanpage saya http://facebook.com/kedaikeluargasihat untuk mendapat DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
konsultasi percuma untuk customer saya sahaja ya.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...