"1 hari lagi "
" Ape yang satu hari ?"
" Hari Kelahiran Nabi Kita Muhammad SAW "
" Tahun 1436 hijrah"
Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya " Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku,nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga ."
1 sunnah sahaja yang kita dapat amalkan di zaman fasya' dan mungkar ( kerosakan ummat/manusia ) ini Allah bagi kita 100 pahala syahid.
Showing posts with label Sunnah Nabi Muhammad SAW. Show all posts
Showing posts with label Sunnah Nabi Muhammad SAW. Show all posts
Friday, 2 January 2015
Wednesday, 31 December 2014
Muzakarah 6 Sifat Unggul Sahabat Contoh Ikutan Kejayaan Manusia
Allah swt telah meletakkan kejayaan manusia pada hari ini ialah sejauh mana dia mentaati perintah Allah swt dan meninggalkan larangan-Nya dengan mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana perintah Allah swt itu amat luas dan kadang-kadang payah untuk kita ikuti maka para alim ulama' telah mengkaji daripada Nur Hadith dan Al-Quran bahawa terdapat 6 sifat/perkara yang mulia dan unggul di kalangan para sahabat yang mana ianya telah membawa mereka kepada kejayaan dunia dan akhirat. Kejayaan yang dikatakan di sini ialah bukanlah dari 'susah kepada senang' , 'miskin kepada kaya' tapi kejayaan sebenar manusia hanya dalam agama sejauh mana ia dapat mentaati perintah Allah swt dan ikut Sunnah Nabi SAW. Allah SWT tidak meletakkan atau mengukur kejayaan manusia baik lelaki dan perempuan dengan harta,wang ringgit,pangkat dan kedudukan. Allah menilai setiap hambanya dengan iman dan ketaqwaan kepada-Nya.
Ulama' kita telah gariskan,kejayaan ummat ini dan ummat akan datang adalah apabila mereka mengikut jejak langkah para sahabat r.anhum kerana mereka dicintai rasululullah SAW.
Ulama' kita telah gariskan,kejayaan ummat ini dan ummat akan datang adalah apabila mereka mengikut jejak langkah para sahabat r.anhum kerana mereka dicintai rasululullah SAW.
Subscribe to:
Posts (Atom)
