"1 hari lagi "
" Ape yang satu hari ?"
" Hari Kelahiran Nabi Kita Muhammad SAW "
" Tahun 1436 hijrah"
Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya " Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku,nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga ."
1 sunnah sahaja yang kita dapat amalkan di zaman fasya' dan mungkar ( kerosakan ummat/manusia ) ini Allah bagi kita 100 pahala syahid.
Mereka yang mengamalkan sunnah diberi 4 ganjaran di dunia dan 4 ganjaran akhirat.
Ganjaran dunia :-
- Dia disayangi orang
- Ditakuti musuh
- Hidupnya diberkati
- Agamanya tidak akan dicemari
Ganjaran Akhirat
- Dia akan mengenali Rasulullah SAW.
- Rasulullah saw akan memberi syafaat
- Rasulullah saw akan mengenali kita
- Di kubur kita berjiran dengan rasulullah saw.
Sunnah Nabi Saw terbahagi 3 :-
Sunnah surah (Penampilan Nabi SAW ) Contoh imej Nabi SAW .. ( berambut panjang paras bahu, menipiskan misai membela janggut, berpakaian bersih dan banyak lagi )
Sunnah Sirah ( Perjalanan Nabi SAW ) Contonya amalan Baginda saw dari bangun tidur sehingga Baginda tidur kembali.. Banyak sunnah-sunnah yang dibuat.. Adab bangun tidur,adab masuk tandas, adab makan, adab perjalanan.. Dikatakan sekiranya kita dapat mengamalkan 4 adab sunnah ini bermakna hampir 80% telah kita lakukan sunnah2 baginda saw.
Sunnah Sarirah ( Fikir Risau Nabi SAW ) Contohnya Baginda korban masa,fikir risau atas ummat. Kita ummat akhir zaman ini perlu ada fikir risau macam Baginda saw.
Jom selawat ..
Nabi s.a.w bersabda maksudnya : " Selawat kepadaku itu merupakan satu (kelompok) cahaya di hari kiamat yang menjelma di Siraat (Titian al-Mustaqiim)"
(Hadis Riwayat Abu Sa'id)
No comments:
Post a Comment