Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Tuesday, 24 February 2015

Haid Teratur Dengan GLA Complex?

Tahukah Anda Kepentingan Kitaran Haid Wanita?
Kitaran haid yang teratur adalah petanda kepada kesuburan yang baik bagi seseorang wanita. Seseorang wanita yang telah berkahwin, kitaran haid yang teratur lebih memudahkan bagi mereka untuk mengetahui sama ada mereka sudah hamil atau belum berdasarkan kedatangan haid mereka yang lewat daripada kebiasaannya.
Walaubagaimanapun tidak kesemua wanita bernasib baik mempunyai kitaran haid yang tetap atau teratur. Sesetengahnya mungkin mengalami masalah haid yang tidak datang berbulan-bulan lamanya bahkan bertahun atau pun tidak kurang juga mengalami masalah kedatangan haid yang berpanjangan sehingga mengganggu rutin solat mereka.Ini tentunya menimbulkan kerisauan di kalangan wanita tersebut.

Sunday, 19 October 2014

Vitamin C Untuk Wanita Hamil

Salam semua ... Selamat petang ... Moga hari-hari anda seceria-cerianya ..
Di sini ingin saya berkongsi kebaikan kepada rakan-rakan kelebihan vitamin C untuk para IBU Hamil..

Kebanyakkan orang menganggap vitamin C diperlukan semata-mata untuk kecantikkan TETAPI sebenarnya vitamin C mempunyai banyak fungsi dalam badan kita. Paling utama vitamin C diperlukan dalam badan kita untuk menyerap zat besi. Kadang-kadang IBU Hamil ambil vitalea, b complex, pil zat besi atau asid folik yang diberikan oleh klinik , HB tetap tak naik-naik. Sebab ape agaknya? Sebab badan IBU itu sendiri kekurangan zat vitamin C. Jadi zat besi tidak dapat diserap dengan baik. HB pon tak naik-naik.

IBU Hamil tidak digalakkan ambil panadol dan ubat antibiotik. Jadi,vitamin C sebenarnya pilihan terbaik untuk elakkan dari sakit. Jika demam atau selsema telan sahaja 5 biji vitamin C dalam sehari.. In shaa Allah cepat sembuh.

Wednesday, 2 April 2014

Tips Ketahui Waktu Subur Wanita

tips mengetahui waktu subur wanita
[?] Tips Tentukan Bilakah Anda Paling Subur [?] 

Mengira tarikh kesuburan menggunakan kitaran haid sahaja sebenarnya bukanlah cara yang sangat tepat. Oleh sebab itulah, pengenal pastian tanda-tanda fizikal kesuburan dapat membantu. 

[✔] Perubahan pada mukus serviks Mukus serviks ialah lendir yang anda lihat pada seluar dalam atau kertas tisu apabila anda membuang air kecil. Perubahan pada mukus serviks dapat memberitahu bilakah anda sedang subur. Selepas haid anda habis, mukus serviks akan bertambah secara beransur-ansur dan berubah dari segi teksturnya. Perubahan ini menandakan peningkatan tahap hormon estrogen dalam badan anda. Ia juga menunjukkan bahawa anda sudah hampir mengovulasi. Anda paling subur apabila mukus serviks berwarna bening, licin dan anjal. Ia kelihatan seperti putih telur yang mentah. Mukus yang subur ini membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia membekalkan zat dan melindungi sperma apabila bergerak menuju tiub falopio untuk bertemu dengan telur anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...