[?] Tips Tentukan Bilakah
Anda Paling Subur [?]
Mengira tarikh kesuburan menggunakan kitaran haid sahaja sebenarnya
bukanlah cara yang sangat tepat. Oleh sebab itulah, pengenal pastian
tanda-tanda fizikal kesuburan dapat membantu.
[✔] Perubahan pada mukus serviks
Mukus serviks ialah lendir yang anda lihat pada seluar dalam atau kertas
tisu apabila anda membuang air kecil.
Perubahan pada mukus serviks dapat memberitahu bilakah anda sedang
subur. Selepas haid anda habis, mukus serviks akan bertambah secara
beransur-ansur dan berubah dari segi teksturnya.
Perubahan ini menandakan peningkatan tahap hormon estrogen dalam badan
anda. Ia juga menunjukkan bahawa anda sudah hampir mengovulasi.
Anda paling subur apabila mukus serviks berwarna bening, licin dan
anjal. Ia kelihatan seperti putih telur yang mentah. Mukus yang subur
ini membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia
membekalkan zat dan melindungi sperma apabila bergerak menuju tiub
falopio untuk bertemu dengan telur anda.
[✔] Sakit pinggang
Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi
sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita
yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan
di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di
tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam.
Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan,
periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi
panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur
mereka.
[✔] Rasa seksi dan suka memikat
Rasa seksi, suka memikat dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda
berada di masa paling subur.
Anda mungkin sedar perasaan berahi memuncak ketika ini. Anda mungkin
perasan yang pada masa ini suami anda menjadi lebih cemburu dan lebih
memberi perhatian terhadap anda. Ada bukti dari segi perubatan mengenai
perkara ini, percayalah!
Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga memberikan tanda-tanda
lain bahawa anda sedang subur. Fikirkan semula kitaran anda yang lalu
dan anda mungkin ingat perkara-perkara berikut:
Kelihatan menawan, rasa menawan: anda mungkin rasa lebih menawan apabila
semakin hampir dengan waktu ovulasi. Anda juga kelihatan lebih menawan
pada pandangan orang lain. Tanpa sedar, anda mungkin memilih pakaian
yang lebih menonjolkan daya tarikan anda.
[✔] Bau seorang wanita
Anda berbau harum ketika ini. Bau badan anda lebih harum dan seksi bagi
lelaki-lelaki di sekeliling anda ketika anda subur. Anda mungkin sangka
orang lain tidak sedar bahawa anda sedang mengovulasi, tetapi bau semula
jadi badan anda menceritakan semuanya
No comments:
Post a Comment