Thursday, 26 December 2013

Kenapa Saya Pilih Shaklee?


shaklee
Sebelum ni saya ni jenis yang tak sukakan MLM atau erti kata lain anti MLM. Apa jenis sekalipun MLM tu saya akan cuba lari dan tepis. Malah, orang2 yg jual produk MLM ni termasuk dalam senarai yang perlu dihindari kalau terjumpa.  ( blacklist ) Hehe.  Sebab sesetengah orang kata MLM ni suatu bentuk penindasan.. yang kaya makin kaya .. yang susah tetap terkebawah.. Dan lagi pandangan serong terhadap MLM ini ialah orang atas akan push orang bawah.. Haha..Skeptikalkan saya dan manusia lain di luar sana? hihi ..


Tu dulu la. Sekarang tidak lagi.Actually mana - mana pekerjaan ada bentuk penekanan dan paksaan  yang mana akhirnya ia memberi kita suatu kemanisan. Dan yang paling utama kita la boss kitalah pekerja.. Ini business sendiri2 untuk jangka masa panjang..


Setelah saya dalami dan fahami dan setelah saya berjumpa dengan sifu yang betul barula saya faham konsep MLM ni.  Saya dah join 2 MLM yang memang saya nampak betul2 membantu. Terpulang pada kemampuan diri sahaja. Masing -masing mempunyai kelebihan masing- masing.Tapi buat masa ini pilihan yang tepat bagi saya ialah MLM Shaklee.. Sebab apa MLM Shaklee?  Selain dapat berkongsi segala kebaikan dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat dan harmonis,Ia juga boleh dijadikan side income.Almaklumlah  kos sara hidup makin hari makin bertambah.. Dulu boleh lagi duduk santai,manja- manja goyang kaki..tp sekarang semuanya perlu dikejar.. Betul kata satu ungkapan 'duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit'. Antara kelebihan lain MLM Shaklee ialah harga produknya tidak membebankan pengguna malah hari ini kami ada sediakan pakej trial set yang mana kesemuanya mengikut bajet customer.. Itulah daya tarikan utama saya kepada Shaklee.. dan juga boleh dilakukan di Rumahhhh... Sukacita saya terangkan Shaklee ini sudah lama bertapak hampir 50tahun. Pelbagai kajian telah dilakukan dan hasil-hasil testimoni memang terbukti berkesan dengan izin -Nya..


Dulu sebelum saya mula berkenalan dengan Shaklee ni, saya sibuk mencari set resdung. Macam-macam produk saya telah cuba tetapi tidak berkesan. Ke klinik tok sah cakap asyik dok ulang alik sampaikan doktor panel pon dah tau saya datang ke kliniknya sebab sakit apa?hehe ..  Mula2 history saya terjumpa produk set resdung Shaklee ini melalui anak buah. Dia juga agen Shaklee.. saya dah cuba memang nampak berkesan ..semakin hari kurang bersin,hidung dah start kering.. Kalau tidak tersumbat je.. Kalau dibiar lama jadi sinus yang menyebabkan kepala menjadi pening.. Adoi! Kalau dah start pening tok sah cakap..satu kerja x menjadi.. Semua kerja rumah terbengkalai. Sian kat suami dan anak-anak.


Selepas saya nampak kesan baik resdung, saya tergerak nak cuba lagi.. Masa yang sama saya dapat satu offer keahlian ajak join.. Apabila tau kelebihan2 lain saya terasa ingin cubalah untuk join. Daripada beli sahaja x dapat apa2 baik saya jadi ahli dan start berkongsi.Kemudian diikuti suami menggunakan set kesuburan lelaki dan set kulit Vitamin E yang mana ia juga merupakan vitamin cinta. Suami menggunakan set kesuburan lelaki bukan sebab dia x power tapi lebih kepada menambah baikkan sistem imunisasi badan dengan menampung segala kekurangan nutrien. Marah suami kalau kata dia x power..hihi.. Diam2 dah ada 5 anak kami selama hidup bersama selama 12 tahun ni.. Alhamdulillah.. Sejak guna supplemen itu hubungan kami suami isteri makin intim.. Kasih sayang bertambah-tambah.. Kalau sehari tak jumpa rindunya... auuwww..hehe.. Saya juga belikan anak saya mealshake.. anak kecil lelaki saya x mau makan nasi langsung hanya menyusu badan sahaja. Sekarang umurnya sudah 1 tahun 2 bulan.  Tapi bukan senang nak bagi dia cuba mealshake sebab dia pasti tolak.. Namun akhir2 ni ada jugalah nampak perubahan sikit.. Adalah dia try makan apa yang dia rasa best. Atasnya ada sorang kakak anak nombor 4 saya.. umur 2 tahun 3 bulan..Dia ni pemakan sikit..susu formula minum,susu badan pon minum juga ..masa yang sama pon kuat makan.. Saya bagi try mealshake juga..ermm memang nampak lagi berselera.. Dah pandai mintak pinggan nak makan nasi sendiri..hihi.. Suka tengok gelagatnya..



Antara sebab lain kenapa saya pilih Shaklee:


  • Dengan bayaran serendah RM65, keahlian adalah seumur hidup kecuali tidak membuat sebarang belian dalam tempoh bertahun-tahun.
  • Susur galur upline saya adalah terdiri daripada mereka yang bukan sekadar menjual produk, tetapi turut memberi konsultasi berterusan kepada setiap pelanggan merupakan faktor penarik kenapa saya ingin menjadi ahli dan masuk ke dalam group khas mereka.
  • MLM yang patuh syariah dan kaedah yang diajar jika mahu serius berniaga sememangnya logik untuk dicapai walau tanpa modal. (kecuali untuk mendaftar keahlian)
  • Selain dapat membuat belian dengan harga ahli, kita juga boleh dapat mata(UV) daripada setiap pembelian dan jika mencapai minimum 150UV sebulan, sudah layak menerima bonus.
  • Paling best, makin banyak jualan/belian, makin banyak bonus yang Shaklee bayar dan bonus masuk tengah bulan pula tu..di saat gaji bulanan tinggal separuh atau suku..Yg ni saya suka.
  • Nak lagi best? Sistem MLM dalam Shaklee bukanlah sistem berpiramid yang mengayakan upline. Selalu kalau MLM ni mengayakan upline ni dah jadi macam kebiasaan. Tapi dalam Shaklee, akan tiba waktu UV kita akan bercerai daripada UV upline kita. Tapi kena achieve target yg ditetapkan la. Sebab tu ada situasi dalam Shaklee ni, downline naik rank dulu daripada upline dan downline dengan upline dalam rank yg sama. Kekdahnya mudah, anda buat anda dapat. Anda berusaha, anda yg lebih dapat. Takde la isu yg downline buat kerja untuk upline jadi kaya. Best kan?

Pendek kata, sebenarnye, bila kita dah join, bisnes Shaklee ni kita tetapkan balik kenapa kita pilih nak join pada awalnya. Nak tambah pendapatan ke? Nak bantu suami ke? Nak isi masa lapang ke atau macam mana?

Kalau sekadar daftar kemudian goyang kaki memang tak dapat la. 

Dan akhir sekali ialah sebab saya nak sangat kerja tapi suami hanya izinkan saya bekerja hanya dari rumah..Hehe. Sebab anak -anak perlu dipantau sebab ia adalah suatu amanah besar dan teragung..Seronok apa tengok anak-anak membesar depan mata. =)
 Ini sahaja perkongsian sebab musabab saya bershaklee.. Kalau anda minat jom hubungi saya  di sini .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...