Buah Delima Kaya Khasiat
Rasanya ramai yang sudah mengetahui tentang khasiat yang banyak terdapat dalam buah delima terutama untuk wanita mengandung.
Amalkan makan buah delima ketika anda mengandung, kerana khasiatnya yang bagus untuk ibu dan bayi seperti:
*Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
*Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
*Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
*Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
*Mencegah rasa mual
Bahkan
ia turut dinyatakan dalam agama Islam seperti mana Nabi Muhammad SAW
bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga
di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat
pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).
Kajian di
seluruh dunia oleh para pengkaji menemui manfaat kesihatan jus delima.
Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak
dengan kelahiran pra matang disarankan mengamalkan pengambilan jus buah
delima.
Ini dapat mengurangkan risiko bayi dalam kandungan
mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen
yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid
folik yang diperlukan bagi tumbesaran bayi yang sihat.
Asid folik
adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah
dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa
awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.
No comments:
Post a Comment