Wednesday 1 January 2014

Kenapa Wanita Bersalin Sering Alami masalah Keguguran Rambut? Apa Puncanya? Bagaimana cara Atasinya?

keguguran rambut
Kenali Punca Dan Cara Atasinya :
 
Masalah rambut gugur di kalangan wanita bersalin tidak dapat dinafikan. Kata orang tua-tua masalah itu berpunca disebabkan perkembangan si anak yang sudah pandai bermain "buih" menggunakan air liur.Itu adalah mitos semata-mata yang kerap dikaitkan dengan wanita yang baru melahirkan disebabkan kebanyakannya wanita yang baru melahirkan selalunya menghadapi masalah keguguran rambut. Jika dulu rambut panjang lebat mengurai tapi kini makin menipis akibat keguguran.Kenapa masalah keguguran rambut ini sering dialami mereka yang baru melahirkan?
Perkara Yang Perlu Anda Tahu??
  • Anda harus faham, hormon ( dalam darah ) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
  • Ketika hamil peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan.Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja gugur setiap hari.
  • Selepas bersalin tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
  • Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung.Ini mengambil masa di antara 6-12 bulan selepas bersalin.
Apa Yang Anda perlu Lakukan?
  • Anda tidak boleh menghentikan pengambilan makanan berkhasiat dan kaya protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting,mewarna,melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Berjumpa doktor sekiranya rambut gugur semakin serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.
Makanan Mencegah Keguguran Rambut 
  
  1. Telur Dan Daging Ayam   - Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi memakan ayam,telur dan keju rendah lemak ,almond dan yogart semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakkan atau keguguran rambut.
  2. Gandum - Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh mempertingkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur.
  3. Buah kering dan kekacang - Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi,sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber Vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.
  4. Taugeh - Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika.Silika digunakan  oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baru yang membuatkan rambut lebih kuat dan sihat.
  5. Sayuran hijau - Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C . Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembab dan menguatkan akar rambut.
  6. Buah -Buahan segar - Tembikai,pisang epal ,oren dan buah- buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.
  7. Makanan Laut - Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang,udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur  dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan  vitamin lebih baik  untuk pertumbuhan rambut.
  8.  Salmon - Merupakan sumber protein,asid lemak penting omega -3,vitamin B12 dan zat besi  yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan  pada rambut dan kulit kepala.
  9.  Kunyit Dan Jintan - Merupakan makanan rambit yang baik bagi meransang pertumbuhan  rambut lebih sihat.
  10.  Air masak -  Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kerana dapat membantu  memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut  tumbuh kuat dan sihat.
Sumber Editorial  PAMA 2012

Bagi mereka di luar sana yang cerewet dalam pengambilan gizi yang seimbang,kami di Shaklee ada beberapa produk yang boleh membantu masalah keguguran rambut ini.. 


Di bawah ini testimoni pengguna :
 

Call/whatsapp 0197051983
Email :kedaikeluargasihat@gmail.com
Add fb saya http://facebook.com/entans1untuk berchatting secara langsung dengan saya
Klik LIKE di fanpage saya http://facebook.com/kedaikeluargasihat untuk mendapat DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
konsultasi percuma untuk customer saya sahaja ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...