Khasiat Bawang Merah ... Murah tetapi berkesan.
Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati
keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran-jiran
mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain
seperti demam,cirit-birit,kudis dan lain-lain. Doktor bertanya petani
bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran-jiran mereka
menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje,letakkan bawang
merah yang telah dikupas dalam piring setiap ruang rumah. Doktor amat
tertarik dan meminta untuk melihatnya di bawah mikroskop lalu mendapati
virus selsema dan bakteria-bakteria lain di bawang merah tersebut.
Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria di ruang
sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan petani dijangkiti
penyakit bawaan virus dan bakteria.
Kes KEdua ialah di sebuah
kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Taukeh kedai
mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah
pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Taukeh pun
meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru
kedainya dan hasilnya pekerja-pekerja beliau tidak lagi diserang
selsema.
Kes kEtiga seorang yang terkena pneumonia menemukan
artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang
kemudian dicucuk dengan garfu pada salah satu hujungnya.Letakkan bawang
tersebut di sebuah bekas kosong dan tempatkan di bilik pesakit.
Keesokkannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman-kuman
seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang
menarik kuman-kuman padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit
semakin bertambah baik.
Bawang merah dan bawang putih mempunyai
kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia.
Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara
yang betul,sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman
setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman
hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru,sakit
perut,keracunan makanan,cirit birit dan sebagainya.
Satu kajian
ke atas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana
perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. HARAP diingat ,adalah
berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak
pada hari berikut.
# Nak sihat senang,nak sakit lagi senang .
# SELAMAT MENCUBA!!!
No comments:
Post a Comment