Showing posts with label Tip Pilih Makanan Bantu Perbaiki Diet Anda. Show all posts
Showing posts with label Tip Pilih Makanan Bantu Perbaiki Diet Anda. Show all posts

Wednesday, 27 May 2015

Tip Pilih Makanan Bantu Perbaiki Diet Anda

Pengurangan berat badan secara sihat dan normal meliputi dua aspek yang penting,iaitu penjagaan diet dan aktiviti fizikal. Dari segi pemakanan, selain dari mengurangkan kuantiti serta mengawal jenis makanan yang dimakan,zat-zat yang penting juga perlu dilengkapi untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan baik. Dengan bijak memilih makanan yang sihat dan mengubah cara pemakanan,anda boleh menikmati makanan anda sambil menjaga berat badan dan tidak perlu menderita kelaparan. Tip-Tip berikut boleh membantu anda mengenali jenis-jenis makanan yang berkhasiat dan rendah kalori untuk memperbaiki diet ANDA.

PISANG 
Sebiji pisang mengandungi lebih dari 400mg potasium,dan mineral ini membantu untuk mengawal jumlah sodium ( yang menghasilkan gas ) dalam badan anda. Pisang juga murah harganya,senang didapati,serta mudah untuk dibawa dan dimakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...