Showing posts with label ESP ( Soy Protein Isolate Powder ). Show all posts
Showing posts with label ESP ( Soy Protein Isolate Powder ). Show all posts

Wednesday, 27 May 2015

Tip Pilih Makanan Bantu Perbaiki Diet Anda

Pengurangan berat badan secara sihat dan normal meliputi dua aspek yang penting,iaitu penjagaan diet dan aktiviti fizikal. Dari segi pemakanan, selain dari mengurangkan kuantiti serta mengawal jenis makanan yang dimakan,zat-zat yang penting juga perlu dilengkapi untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan baik. Dengan bijak memilih makanan yang sihat dan mengubah cara pemakanan,anda boleh menikmati makanan anda sambil menjaga berat badan dan tidak perlu menderita kelaparan. Tip-Tip berikut boleh membantu anda mengenali jenis-jenis makanan yang berkhasiat dan rendah kalori untuk memperbaiki diet ANDA.

PISANG 
Sebiji pisang mengandungi lebih dari 400mg potasium,dan mineral ini membantu untuk mengawal jumlah sodium ( yang menghasilkan gas ) dalam badan anda. Pisang juga murah harganya,senang didapati,serta mudah untuk dibawa dan dimakan.

Tuesday, 19 May 2015

3 Alasan Kenapa Kita Perlu Ambil Sarapan

Ramai orang kadang-kadang melupakan sarapan. Tidak ada masa,tidak berselera, adalah antara alasan yang selalu diberikan. Ungkapan "sarapan adalah sajian harian terpenting " yang pernah popular suatu ketika dulu semakin dilupakan dengan munculnya berbagai-bagai jenis diet.

Namun kajian-kajian terkini mendapati,bersarapan memang mempunyai banyak manfaat untuk diri anda. Didapati mereka yang bersarapan secara tetap mempunyai sikap yang lebih positif,lebih kurus dan mampu memberi lebih tumpuan.

Monday, 11 May 2015

Snek Berkhasiat Sepanjang Kehamilan

Ibu Hamil kebiasaannya mempunyai tabiat suka mengunyah. Betulkan? Tetapi keutamaannya perlu pastikan makanan atau snek yang dikunyah termasuk dalam kategori makanan yang berkhasiat. Ada pelbagai jenis snek berkhasiat yang boleh dikunyah sepanjang proses kehamilan berlangsung. Jangan sesekali jadikan amalan pengambilan snek yang tidak berkhasiat dan mengandungi banyak bahan perisa semasa hamil.

Thursday, 7 May 2015

Bagaimana Gaya Hidup Sihat Yang Disarankan?

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Sunday, 3 May 2015

Tips Dan Pemakanan Atasi Gastrik Ketika Puasa


Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali.

Tips Sepanjang Bulan Puasa
Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.

9 Testimoni ESP Shaklee Bantu Atasi Gastrik

Penyakit gastrik adalah berpunca daripada amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikuti waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.
Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempoh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Saturday, 2 May 2015

11 Testimoni Puasa Kekal Bertenaga Dan Tidak Lapar Dengan Shaklee

Alhamdulillah. Seperti kita ketahui tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita bakal menyambut Ramadhan. Dah ganti puasa belum? Sekarang ini musim orang ganti puasakan? Betul tak? Tahun lepas first time saya berpuasa bersama produk Shaklee. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Anak-anak pon kurang dengar rungutan keletihan atau kelaparan. Kalau tak, puas pujuk untuk bertahan sehingga sampai waktu berbuka. Anda bagaimana? Ada yang tercari-cari makanan tambahan sepanjang bulan puasa ini? Jom lihat :)

Friday, 17 April 2015

10 Testimoni Lecithin Bantu Kurus

Lecithin diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg. inositol.Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin,inositol,fosforus dan lemak tak tepu. 


Lecithin bertindak sebagai 'pengemulsi semulajadi' yang menyebabkan lemak 'terapung dalam salur darah' yang mana tidak boleh melekat pada sebarang membran dalam badan.Oleh sebab itulah Lecithin memerlukan Alfafa/Herb Lax bagi menyempurnakan fungsinya.Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi amat diperlukan oleh tubuh badan.Ia hanya boleh didapati dari tisu haiwan atau tumbuhan. Antara Keistimewaannya ia dihasilkan daripada sumber kacang soya yang merupakan sumber semulajadi alam terbaik yang mempunyai cholestrol-free Lecithin dalam kepekatan paling tinggi.

Sunday, 12 April 2015

Suplemen Shaklee Atasi Jerawat

Pengenalan
  • Jerawat  merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Thursday, 9 April 2015

Set Kesihatan Asas Shaklee Untuk Kesejahteraan Family









Bagi Ibu Bapa yang prihatin, pasti mereka tidak teragak-agak untuk mendapatkan suplemen yang terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan ahli keluarga mereka. Di bawah dinyatakan sebab "kenapa kita sebagai ibu bapa perlu menyediakan keperluan makananan tambahan untuk seisi keluarga."

Wednesday, 8 April 2015

Bagaimana Set Slimming Shaklee Bantu Anda Kurus?

Hari ini saya akan menerangkan rangkaian produk Shaklee dalam membantu anda untuk menurunkan berat badan ataupon untuk mengekalkan berat badan ideal anda.Bagi proses pengurusan berat badan anda mesti sentiasa mengamalkan 3 konsep iaitu pecah,buang dan pelihara. ( PBP ).

Set slimming shaklee

Seperti gambar di atas terdapat 6 jenis produk yang mana masing-masing mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam membantu anda menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan ideal anda.

Saturday, 14 March 2015

Punca Dan Cara Atasi Payudara Kendur Dengan ESP Dan Collagen Powder


Payudara adalah sebahagian keindahan dan aset paling berharga seorang wanita..Namun seiring perkembangan usia,aset berharga itu semakin kurang menyerlah dan semakin berkurangan keanjalannya.Jadi tidak hairanlah sekiranya kebanyakkan wanita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata ingin memiliki payudara yang sihat,indah dan anjal.Sebelum itu,kita perlu kenal dan ketahui punca-punca yang menjadi faktor utama menyebabkan aset berharga itu tampak kurang menarik dan kurang keanjalannya. Adakah kerana kehamilan? Adakah kerana menyusukan bayi? Atau adakah kerana faktor usia itu sendiri yang mana semakin meningkat usia semakin kurang keanjalannya?

Friday, 6 March 2015

Perbezaan ESP Dicuci Air Bukan Alkohol


Sempena Bulan Mac bulan promosi ESP,maka rasa terpanggil untuk share dengan pembaca di luar sana tentang ESP Shaklee. Sejak kebelakangan ini heboh diperkatakan keburukan soya. Sedangkan rata-rata tau ESP Shaklee sememangnya berasaskan protein soya.

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama hormon manusia.Ia juga meransang fungsi psikologi.Maka,setiap organ kita memerlukan protein. Sebelum itu mari kita kenali kesan punca kekurangan protein :-

Monday, 2 March 2015

Alfalfa Complex Dan Vitamin E Punca Penceraian?

Setiap wanita yang melalui proses kelahiran pasti menghadapi beberapa perubahan pada diri mereka.Proses kelahiran itu juga menyebabkan otot bahagian dalaman wanita menjadi tidak sekencang seperti sebelum melalui fasa kelahiran. Rawatan perlu dilakukan bagi mengembalikan semula "keremajaan"otot tersebut.


Hampir kebanyakkan wanita yang baru lepas melalui proses kelahiran kebiasaannya sering letih,lesu dan kurang bermaya.Ada juga yang hilang ghairah untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan mereka. Sindrom ini berlaku disebabkan oleh hilang keyakinan diri atas sebab beberapa faktor. Antaranya perubahan bentuk badan dan letih berpunca dari kurang tidur atau rehat. Situasi ini menyebabkan suami dipinggir dan tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Jika dibiarkan masalah ini berlarutan,tidak mustahil kes penceraian juga boleh berlaku.

Sunday, 1 March 2015

ESP Dihasil Pada Tahun 1961?

Sejak 1961 lagi rupa-rupanya Shaklee telah menghasilkan minuman yang berasaskan protein soya atau dikenali ESP ( Energizing Soy Protein ) yang pertama di dunia. Kajian penambahbaikan ke atas ESP dibuat dari masa ke semasa bagi menjamin tahap keberkesanannya. Bila dikatakan ESP dihasilkan pada tahun 1961,bermakna sudah 54 tahun ia menembusi pasaran dunia. Jadi,bila 54 tahun sudah dihasil dan dipasarkan, bagaimana sesetengah pihak ada yang mengatakan ESP berbahaya kepada pengguna? Jika bahaya,sudah semestinya ESP diharamkan atau dilupuskan. Betul tak?

Pada tahun 2013 saya diperkenalkan dengan produk Shaklee. Jadi ESP antara salah satu produknya yang saya telah cuba dan lihat hasilnya. Sepanjang pengambilan memang nampak ESP memberi kita rasa kekenyangan sepanjang hari dan amat sesuai diambil oleh mereka yang ingin diet atau berpuasa. Serta ESP juga berperanan dalam mencantikkan struktur kulit kerana berusunsurkan protein. Kulit yang cantik dan pejal serta licin bergantung kepada sumber protein yang baik kualitinya. ESP juga boleh membantu kepada mereka yang berusaha untuk menaikkan berat badan mengikut arahan pengambilan yang disarankan iaitu minum ESP selepas makan.

Wednesday, 25 February 2015

Cinch Shake Mix

Cinch Shake Mix
Perbezaan Shaklee
Setiap kali anda minum Shake Cinch,anda akan mendapat 24gram protin,24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. ( Dicadangkan diambil bersama 1 sudu Shaklee Energizing Soy Protein ) Ini penting kerana protin digunakan untuk membina otot,dan ototlah menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori.Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan,yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan Tidak lupa juga kepada Leucine -Nutrisi penting di dalam Cinch untuk keperluan tubuh kita.

Thursday, 1 January 2015

ESP ( Soy Protein Isolate Powder )

Perbezaan Shaklee

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya ,pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr Shaklee pada awal 70-an.Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...