Showing posts with label Sustained Release Vita C 500mg. Show all posts
Showing posts with label Sustained Release Vita C 500mg. Show all posts

Wednesday, 27 May 2015

Tip Pilih Makanan Bantu Perbaiki Diet Anda

Pengurangan berat badan secara sihat dan normal meliputi dua aspek yang penting,iaitu penjagaan diet dan aktiviti fizikal. Dari segi pemakanan, selain dari mengurangkan kuantiti serta mengawal jenis makanan yang dimakan,zat-zat yang penting juga perlu dilengkapi untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan baik. Dengan bijak memilih makanan yang sihat dan mengubah cara pemakanan,anda boleh menikmati makanan anda sambil menjaga berat badan dan tidak perlu menderita kelaparan. Tip-Tip berikut boleh membantu anda mengenali jenis-jenis makanan yang berkhasiat dan rendah kalori untuk memperbaiki diet ANDA.

PISANG 
Sebiji pisang mengandungi lebih dari 400mg potasium,dan mineral ini membantu untuk mengawal jumlah sodium ( yang menghasilkan gas ) dalam badan anda. Pisang juga murah harganya,senang didapati,serta mudah untuk dibawa dan dimakan.

Sunday, 12 April 2015

Suplemen Shaklee Atasi Jerawat

Pengenalan
  • Jerawat  merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Thursday, 22 January 2015

Sustained Release Vita C 500mg

Perbezaan Shaklee 
'Sains pembebasan berterusan secara semulajadi ' vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya ( 500mg ) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.
Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee ( di dalam jurang masa 5 jam ) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid ( 25% dari bioflavonoid,diekstrak dari kulit buah ) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita,melegakan inflamasi,menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...