Monday 11 May 2015

Snek Berkhasiat Sepanjang Kehamilan

Ibu Hamil kebiasaannya mempunyai tabiat suka mengunyah. Betulkan? Tetapi keutamaannya perlu pastikan makanan atau snek yang dikunyah termasuk dalam kategori makanan yang berkhasiat. Ada pelbagai jenis snek berkhasiat yang boleh dikunyah sepanjang proses kehamilan berlangsung. Jangan sesekali jadikan amalan pengambilan snek yang tidak berkhasiat dan mengandungi banyak bahan perisa semasa hamil.


Berikut beberapa idea snek sihat dan lazat ,mengikut trimister kehamilan.

Trimister Pertama
Semasa trimister pertama,mungkin ada ibu yang langsung tidak lalu makan kerana masalah mabuk hamil. Jika ini berlaku, snek boleh membantu iaitu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ketika ini ibu hamil memerlukan lebih kalori dan folat.

Ambil makanan yang kaya dengan folat seperti membuat salad menggunakan daun bayam kecil, atau kukus asparagus yang dimakan dengan pencicah. Makan banyak buah oren. Anda juga boleh sentiasa menyimpan roti berserat tinggi supaya boleh makan bila-bila masa anda memerlukannya.
Selain dari itu ibu juga memerlukan vitamin A yang penting bagi perkembangan organ, sistem peredaran, pernafasan dan sistem saraf bayi. Dapatkan snek yang kaya dengan vitamin A dalam trimester pertama.
Telur dan keju adalah sumber yang baik selain vitamin A dalam sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna oren yang mengandungi betakarotina. Campur potongan buah mangga, pic dan betik ke dalam bijirin anda. Anda juga boleh membuat minuman smoothies. Sup daripada lobak merah, labu air dan keledek juga sangat berkhasiat.
Trimester kedua
Ketika ini ibu perlu lebih fokus mendapatkan kalsium yang cukup kerana gigi dan tulang bayi mula terbentuk. Kalsium dapat mengurangkan risiko mengalami tekanan darah tinggi. Produk tenusu membekalkan banyak kalsium yang mudah diserap oleh badan. Yogurt adalah snek yang mudah.
Sekiranya tidak boleh mengambil produk tenusu, boleh beralih pada produk soya yang diperkaya dengan kalsium. Buah tin kering dan badam juga mengandungi kalsium. Ia boleh dibawa ke mana-mana.
Satu lagi snek yang baik untuk bakal ibu ketika trimester ini adalah sardin dengan roti bakar. Sardin membekalkan kalsium, zat besi dan asid lemak omega 3. Asid lemak ini penting untuk perkembangan otak dan mata bayi. Untuk dapatkan makanan tambahan Omega 3, ibu hamil juga boleh mencuba Omega Guard Shaklee. KLIK SINI untuk INFO lanjut.
Satu lagi mineral penting bagi tulang ialah magnesium. Makanlah snek yang kaya dengan magnesium seperti segelas susu, sebiji kentang bakar atau segenggam biji-bijian.
Trimester ketiga
Memasuki trimester akhir kehamilan bermakna ibu memerlukan lebih banyak tenaga, vitamin C dan thiamin (vitamin B1). Tenaga tambahan yang diperlukan hanyalah 200 kalori sahaja. Sekeping roti bakar bijirin penuh dengan ekstrak yis dan sebiji tomato atau semangkuk sup cendawan dan buah oren mandarin sangat berkhasiat.
Vitamin C memainkan peranan dalam memastikan plasenta berkembang dan berfungsi dengan baik. Ia juga membantu lapisan dinding perut menyerap zat besi daripada makanan. Buah strawberi dan kiwi kaya dengan vitamin C. Ia mudah dibawa ke mana-mana dan boleh dibuat smoothie yang enak atau salad buah-buahan.
Vitamin C dalam sayur-sayuran boleh terhapus sekiranya dimasak terlalu lama. Brokoli dan bunga kubis atau lada benggala hanya perlu distim seketika dan enak dimakan dengan sos salad.
Sementara itu tingkatkan pengambilan vitamin B dengan mengambil bijirin sarapan pagi yang diperkaya dengan serat tetapi pilih yang rendah kandungan gula. Keperluan thiamin meningkat dalam trimester terakhir untuk membantu ibu mengeluarkan tenaga daripada makanan.
Kekacang, beras perang, sayur-sayuran hijau adalah sumber thiamin yang baik. Sediakan snek mudah diperbuat daripada sekeping roti bijian bakar dengan kacang panggang yang dapat membekalkan khasiat yang diperlukan.
Set Kehamilan Yang Dicadangkan
Di Bawah Disertakan Beberapa Testimoni







Call/whatsapp 0197051983

Email :kedaikeluargasihat@gmail.com
Add fb saya http://facebook.com/entans1untuk berchatting secara langsung dengan saya
Klik LIKE di fanpage saya http://facebook.com/kedaikeluargasihat untuk mendapat DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

konsultasi percuma untuk customer saya sahaja ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...