Thursday, 7 April 2016

15 Perkara Untuk Hidup Gembira Dan Bahagia

15 Perkara yang saya cadangkan anda berhenti lakukan untuk hidup lebih gembira & bahagia!
1. Berhenti rasa diri kita selalu betul atau kita seorang sahaja yang betul dalam dunia ini.
Terdapat begitu ramai di antara kita yang selalu merasakan diri sentiasa betul! Kita tak sedar kadang-kadang, bila kita sentiasa diri kita sentiasa betul walaupun sebenarnya kita betul, tidak salah kita beri orang lain peluang mengutarakan pandangan mereka serta apa yang mereka rasa. Jika sentiasa nak betul, kita banyak melukakan hati orang lain dan memberikan banyak tekanan kepada diri sendiri. Silap-silap kita boleh memutuskan silaturahim. Setiap kali kita mula nak “menegakkan benang yang basah” dan merasakan diri kita betul dan orang lain salah, tanya diri soalan ini, “Adakah saya perlu sentiasa tegakkan yang kita mesti betul dan orang lain mesti salah? Apa kita dapat?

Wednesday, 27 May 2015

Tip Pilih Makanan Bantu Perbaiki Diet Anda

Pengurangan berat badan secara sihat dan normal meliputi dua aspek yang penting,iaitu penjagaan diet dan aktiviti fizikal. Dari segi pemakanan, selain dari mengurangkan kuantiti serta mengawal jenis makanan yang dimakan,zat-zat yang penting juga perlu dilengkapi untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan baik. Dengan bijak memilih makanan yang sihat dan mengubah cara pemakanan,anda boleh menikmati makanan anda sambil menjaga berat badan dan tidak perlu menderita kelaparan. Tip-Tip berikut boleh membantu anda mengenali jenis-jenis makanan yang berkhasiat dan rendah kalori untuk memperbaiki diet ANDA.

PISANG 
Sebiji pisang mengandungi lebih dari 400mg potasium,dan mineral ini membantu untuk mengawal jumlah sodium ( yang menghasilkan gas ) dalam badan anda. Pisang juga murah harganya,senang didapati,serta mudah untuk dibawa dan dimakan.

Monday, 25 May 2015

Petua Atasi Masalah Rambut Beruban Di Usia Muda

Melihat muka di cermin dengan keadaan rambut yang semakin memutih membuatkan mereka berasa rendah diri dan malu untuk berjumpa rakan-rakan,khususnya bagi lelaki.Kalau perempuan yang bertudung,bolehlah selindung dan sorok masalah rambut itu. Bagaimana pula kalau yang tidak bertudung?
Perkara ini membuatkan lelaki runsing apabila dikatakan sudah tua hanya kerana uban di kepala.
Apakah penyebab utama yang membuatkan mereka tumbuh uban? Ada cara untuk atasi masalah uban ini?

Thursday, 21 May 2015

Testimoni Sendiri Berpuasa Dengan Shaklee

Hari Ketiga berpuasa dengan mengambil ESP dan Performance Drink. ESP saya ambil ketika sahur dan sebelum tidur.Manakala Performance Drink saya ambil ketika berbuka. Masing-masing saya campurkan dengan air ribena.Makin lazatlah rasanya.

Serius testimoni sendiri bila saya ambil ESP dan Performance Drink ni memang tak rasa letih,penat atau lapar. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 6pm masih rasa bertenaga macam hari kebiasaan tak puasa. Masih larat lagi sediakan santapan berbuka puasa seisi family tau! Hari Isnin saya masak Chicken Chop dan Lamb Chop. Hari Selasa saya masak Mee Kari, Rabu tak puasa ( relax kejaplah ) hehehe dan tadi saya buat Mee Sup. Nak tengok tak rupe mee Kari saya? Kalau Nak boleh KLIK SINI. Rupe nampak kureng menarik tapi rasa TIP!TOP! hhhahh.. Angkat Bakul nampak? hehhhe..

Bagaimana Jadikan Rumah Kita Selamat Untuk Si Kecil?

RUMAH yang sepatutnya menjadi tempat selamat bagi kanak-kanak rupanya tidaklah seselamat yang kita harapkan. Kenapa? Kebanyakkan kita ibu bapa ketika merancang mengubahsuai dan mengatur hiasan rumah,kita sering mendahulukan selera kita sebagai orang dewasa untuk menghiasnya secantik yang mungkin. Tanpa kita sedari pemilihan perhiasan dan dekorasinya mungkin telah mengabaikan aspek keselamatan untuk anak-anak kita yang lebih banyak menghabiskan sebahagian masa mereka di rumah berbanding kita.

Wednesday, 20 May 2015

Alfalfa Complex Shaklee Selamat Digunakan

Sejak kebelakangan ini berbagai-bagai cerita kurang enak kedengaran yang mana setiap kes berlaku pasti dikaitkan dengan Produk Shaklee.Boleh nampak lepas satu-satu kes hangat dan sensasi pasti terselit namanya Shaklee. Rupa-rupanya begini rasanya rencah asam garam hidup dalam dunia perniagaan. Pasti ada sahaja cerita yang kurang enak didengari. Kadang-kadang ia juga sedikit sebanyak boleh mengganggu fokus kita. Betul tak? Bagi mereka bergelar Pengedar Shakleela. Bukan senang untuk meyakinkan orang ramai tentang kepentingan ambil suplemen apatah lagi meyakinkan orang ramai tentang kebaikan produk kami. Mungkin inilah cabaran yang perlu ditempuhi seandainya kita menjebakkan diri dalam apa jua jualan langsung pasal produk. Tapi Yang pasti Produk Shaklee sudah lama bertapak.

Tuesday, 19 May 2015

Betulkah Cara Anda?

Apabila rambut bermasalah perkara yang kita ubah ialah produk yang digunakan sama ada shampoo,perapi atau gel. Akan tetapi pernahkah kita terfikir masalah rambut kita sebenarnya bukan disebabkan oleh produk rambut sahaja tetapi cara penjagaan rambut kita juga . Oleh itu, amat penting untuk anda memilih produk yang sesuai dan memberi penjagaan yang baik untuk rambut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...