Apa Itu Kentut Vagina?
Vaginal Flatulence atau lebih dikenali kentut vagina ataupun faraj terkentut merupakan suatu keadaan di mana alat sulit wanita mengeluarkan uadara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Ianya berlaku berpunca udara terperangkap di dalam faraj atau pun dicelah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.
Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.Lebih menyulitkan sekiranya bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita merasai keluarnya angin dari bukaan faraj.
Angin itu adalah udara di sekeliling yang masuk ke dalam faraj,maka sebab itu ia tidak berbau.Walaupun keluar angin dari faraj dan berbunyi seperti kentut.
Kenapa Kentut Vagina Berlaku?
Kebiasaannya boleh berlaku pada semua wanita terutamanya dikalangan wanita menopause. Selain itu ibu-ibu yang baru lepas melahirkan juga terdedah kepada masalah kentut vagina ini kerana alat sulitnya menjadi longgar selepas perineum digunting atau terkoyak semasa proses kelahiran.
Lazimnya, faraj akan mengembang selepas melahirkan anak dan keadaan ini akan menjadi lebih serius apabila menopause.Hormon kewanitaan ( estrogen dan progestrone ) tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari menyebabkan kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku. Keadaan inilah yang menyebabkan bibir dipermukaan faraj renggang dan udara dapat memasuki ke dalam faraj terustamanya dalam posisi sujud.
Selain itu, kentut vagina juga berlaku apabila ligamen dan otot-otot pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu. Seterusnya rahim jatuh keluar daripada faraj,pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.
Punca Lain Kentut Vagina?
- Melahirkan
- Kehamilan
- Faktor usia dan menopause
- Obesiti
- Fibroid yang besar
- Sembelit yang kronik
Kesan Akibat Masalah Kentut Vagina
Sekiranya kita tidak cuba mengatasi masalah kentut vagina ini dari awal,mungkin akan berlaku masalah lain di kemudian hari :-
- Rahim akan jatuh
- Masalah hubungan intim suami isteri
- Terkencing setiap kali batuk atau bersin
- Kencing tidak lawas
- Rasa was-was sama ada wudhuk batau atau tidak.
Kentut Vagina Dari Sudut Islam
Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina,wanita disarankan :-
- Berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas
- Selepas berhadas kecil,bahagian sulit dilap kering.
- Melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini ( bukan menyumbat faraj )
Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi,maka sahlah ia berasal dari masalah ini,jika dia terus menerus berlaku,maka wanita perlu mengakui bahawa angin itu berasal dari faraj.Wanita disarankan untuk mempraktikkan senaman kemut untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj.
Bagaimana Mengatasi Masalah Kentut Vagina?
- Mengamalkan senaman Kegel. Ia juga dikenali sebagai senaman kemut untuk memperkuatkan otot di sekitar alat sulit.
- Sentiasa memastikan alat sulit bersih. Cuci dan bersihkan alat sulit dengan baik dan pastikan ianya tidak selalu lembab. Amalkan juga pemakaian pantyliner. Menjaga kebersihan alat sulit akan dapat membantu mengelakkan jangkitan mikroorganisma.
- Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar dan masih mampu membenarkan udara keluar masuk.
- Gunakan pencuci alat sulit wanita yang sesuai. Disarankan untuk menggunakan air rebusan daun sireh kerana khasiat sireh yang turun temurun terbukti mengatasi masalah kentut vagina.
- Tempoh 100 hari selepas bersalin adalah tempoh yang sebaiknya suami isteri melakukan hubungan intim selepas habis berpantang. Suami dan isteri perlu sepakat. Tempoh ini akan membantu mengatasi masalah faraj longgar.
Kentut vagina berbau busuk?
Jika angin yang keluar daripada faraj itu berbau busuk, masalah ini perlu dirujuk kepada doktor kerana ini menunjukkan terdapat saluran (fistula) yang menyambung antara usus dan faraj.Terdapat juga kemungkinan jangkitan kuman pada faraj yang memerlukan kepada rawatan antibiotik.
Adakah Suplemen Shaklee Boleh Membantu Masalah Kentut Vagina ini?
Ya Sudah tentu Alfalfa Complex boleh membantu merawat masalah kentut vagina ini.
Bagaimana Alfalfa Complex Boleh Membantu?
Alfalfa Complex dianggap sebagai kacip fatimah iaitu sebagai "PERAPAT " lalu mengembalikan hubungan di antara suami isteri.
Selain itu, dapat merawat masalahan keputihan, membesarkan dan menegangkan payudara. Alfafa juga dapat memulihkan urat selepas bersalin,merapatkan miss V, melancarkan sistem penghadaman, sebagai pelawas sesuai jika mengalami masalah sembelit dan paling penting untuk ibu-ibu yang menyusu alfalfa dianggap sebagai milk booster kerana membantu melancarkan penyusuan dan menambah susu badan.
Nak Tahu lanjut Mengenai Alfalfa Complex, KLIK SINI .
Call/whatsapp 0197051983
Email :kedaikeluargasihat@gmail.com
Add fb saya http://facebook.com/ entans1untuk berchatting secara langsung dengan saya
Klik LIKE di fanpage saya http://facebook.com/kedaikeluargasihat untuk mendapat DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
konsultasi percuma untuk customer saya sahaja ya.
Call/whatsapp 0197051983
Email :kedaikeluargasihat@gmail.com
Add fb saya http://facebook.com/ entans1untuk berchatting secara langsung dengan saya
Klik LIKE di fanpage saya http://facebook.com/kedaikeluargasihat untuk mendapat DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
konsultasi percuma untuk customer saya sahaja ya.
No comments:
Post a Comment