Ramai wanita mengalami masalah kentut faraj atau kentut vagina tetapi mendiamkan diri seolah-olah ia bukan suatu masalah besar yang serius.
Apa Itu Kentut Vagina?
Vaginal Flatulence atau lebih dikenali kentut vagina ataupun faraj terkentut merupakan suatu keadaan di mana alat sulit wanita mengeluarkan uadara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Ianya berlaku berpunca udara terperangkap di dalam faraj atau pun dicelah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.
Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.Lebih menyulitkan sekiranya bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita merasai keluarnya angin dari bukaan faraj.
