Ramai orang kadang-kadang melupakan sarapan. Tidak ada masa,tidak berselera, adalah antara alasan yang selalu diberikan. Ungkapan "sarapan adalah sajian harian terpenting " yang pernah popular suatu ketika dulu semakin dilupakan dengan munculnya berbagai-bagai jenis diet.
Namun kajian-kajian terkini mendapati,bersarapan memang mempunyai banyak manfaat untuk diri anda. Didapati mereka yang bersarapan secara tetap mempunyai sikap yang lebih positif,lebih kurus dan mampu memberi lebih tumpuan.
Tuesday, 19 May 2015
Thursday, 14 May 2015
Ibu Pejabat Shaklee Di Pleasanton, California
Ia direkabentuk oleh arkitek terbilang- Gensler,menjadikan bangunan ini mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap " Kehidupan Yang Harmoni Bersama Alam Semulajadi." Anda boleh menikmati pemandangan indah - langit,tumbuh-tumbuhan,bukit bukau dan kehijauan tanah lapang,tidak kira di mana posisi anda berada di dalam bangunan ini. Rekabentuknya yang serba moden dan maju,membolehkan ia diterangi secara semulajadi oleh cahaya luar,serta pembinaannya daripada bahan dan warna secara semulajadi.
Ostematrik Pilihan Terbaik Untuk Tulang
Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru,jantung,hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.
Wednesday, 13 May 2015
Makanan Tambahan Untuk Masalah Anemia
- Sel darah merah.
- Sel darah putih
- Platlet dan plasma
Sel darah merah pula meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Tugasnya ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara. Sementara sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan dan platlet pula penting untuk menghentikan pendarahan apabila luka.
Monday, 11 May 2015
Snek Berkhasiat Sepanjang Kehamilan
Ibu Hamil kebiasaannya mempunyai tabiat suka mengunyah. Betulkan? Tetapi keutamaannya perlu pastikan makanan atau snek yang dikunyah termasuk dalam kategori makanan yang berkhasiat. Ada pelbagai jenis snek berkhasiat yang boleh dikunyah sepanjang proses kehamilan berlangsung. Jangan sesekali jadikan amalan pengambilan snek yang tidak berkhasiat dan mengandungi banyak bahan perisa semasa hamil.
Saturday, 9 May 2015
10 Testimoni Herbal Blend Bantu Selesai 1001 Masalah
Herbal Blend merupakan sejenis krim sapuan pelbagai jenis masalah. Ia juga merupakan salah satu produk HOT Shaklee .Dengan kapasiti 113mg, krim ini boleh digunakan untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. Ia bergantung kepada cara penggunaannya.
Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut,siku serta tumit kaki. Ia juga dingin,bermentol dan tidak berminyak. Selain itu,ia diperbuat daripada ektrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage,horse chestnut yarrow dan rosemary.
Thursday, 7 May 2015
Bagaimana Gaya Hidup Sihat Yang Disarankan?
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)



.jpg)