Thursday, 29 January 2015

Formula Pemakanan genius - genius Islam

Badan yang cergas untuk minda yang cerdas. Kesihatan yang baik adalah aset yang tidak dapat dinilai dengan harta dan benda. Sebagai umat islam teladan utama kita tentunya peribadi junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.Ketinggian akhlak,kecekapan mentadbir negara dan menguruskan rumahtangga,merancang ekonomi,merangka strategi perang serta ketajaman minda membuat keputusan menunjukkan beliau adalah insan paling sempurna.
Beliau adalah manusia pilihan yang diberi wahyu oleh Allah swt bagi membimbing manusia mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Justeru,segala ajaran dan sahsiah beliau diteladani oleh para sahabat,seterusnya diikuti oleh para tabiin dan golongan yang menyusuli mereka.

Dalam segenap bidang ilmu,pasti ada tokoh-tokoh islam yang menonjol. Tidak kira sama ada dalam bidang falsafah,matematik, astronomi,sains,fizik,kimia,perubatan,muzik mahupun bidang agama yang pelbagai cabang.Ia merangkumi bidang tafsir,hadis,usuluddin,feqah,akhlak,nahu,balaghah dan lain-lain lagi.

Antara yang cukup dikenali sepanjang zaman adalah Al-Ghazali,Al-Khawarizmi,Al-Farabi,Ibnu Sina,Ibnu Rusydi,Ibnu Maskawaih,Ibnu Tufail serta imam-imam mazhab yang empat iaitu Imam Malik,Abu Hanifah,Syafie dan Imam Ahmad Hanbal.Selain itu,termasuk juga para cendekiawan seperti Al-Bukhari,Muslim,As-Sayuti,Al-Baihaqi,Ibnu Majah,An-Nasai dan ribuan lagi yang tidak dinyatakan di sini. Ketokohan mereka diakui oleh para sarjana dari timur dan barat.

Kita sering tertanya bagaimana rutin hidup tokoh- tokoh ini sehingga mampu meninggalkan khazanah ilmu yang sangat berharga sepanjang kehidupan,sedangkan mereka juga insan biasa yang menjalani kehidupan harian sebagai hamba Allah. Yang nyata mereka adalah ahli ibadat yang luar biasa pengabdian mereka kepada Allah.

Kini pelbagai usaha dilakukan oleh saintis sama ada di kalangan muslim mahupun bukan muslim,bagi mencungkil rahsia kehebatan intelek tokoh-tokoh sarjana islam terdahulu.Antara kajian yang dilakukan adalah daripada aspek pemakanan yang menemukan formula yang menjadi rahsia kehebatan daya intelek mereka. Rahsia pemakanan yang baik bagi kesihatan  ini dicungkil daripada kitab-kitab tradisional bahasa Arab,seterusnya dikaji bagi membuktikan kesahihannya.

Di sini hanya sebahagian formula pemakanan kesihatan seperti yang sudah dibuktikan dari segi saintifik hasil kajian sarjana Islam mahupun barat. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

  1. Madu Lebah Asli Klik Sini Untuk Ketahui Manfaat Madu Lebah Asli
  2. Air Zam-zam Klik Sini Untuk Ketahui Khasiat Air Zam-Zam
  3. Kurma Klik Sini Untuk ketahui Khasiat Kurma
  4. Susu Segar
  5. Kismis
  6. Halia
  7. Zafaran
  8. Habbatus Sauda
  9. Telur
  10. Buah Delima
  11. Kekacang
Diet Rasululullah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...