- Banyak Makan atau tidur - Terlebih makan atau tidur menjadikan seseorang malas dan kurang melakukan aktiviti. Oleh itu, peredaran darah tidak berjalan dengan baik dan melemahkan minda.
- Makan makanan ringan ( snek ) dan makanan segera - Kerana ia mengandungi lemak dan bahan perasa.
- Makan makanan yang berlemak dan mengandungi kandungan gula yang tinggi.
- Minum air bergas atau beralkohol.
- Makanan yang mengandungi bahan kimia termasuklah bahan perasa dan bahan awet -ia boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan.
- Tidur pada waktu Asar. Sekiranya ingin tidur,tidur disiang hari,eloklah mengamalkan "qailulah" iaitu tidur seketika sebelum Zuhur. Amalan 'qailulah' bagus untuk meningkatkan kapasiti memori seseorang.
- Merokok.
- Tidur yang cukup. Oleh sebab itu, pelajar tidak digalakkan "study last minute" kerana kurang tidur boleh menyebabkan otak letih dan tidak mampu mengingat dengan baik.
- Pengambilan kafein yang terlalu banyak.Minuman nescafee kebanyakkannya mengandungi kafein.
- Menonton cerita atau gambar lucah
- Melakukan maksiat dan dosa.
- Melihat kemaluan sendiri atau orang lain.
- Makan organ dalaman binatang seperti hati,limpa,perut,jantung,otak dan lain-lain kecuali atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Menggunakan highlighter yang bewarna terang ( striking ) seperti oren,kuning dan lain-lain.Warna -warna yang terlalu terang sebenarnya tidak baik untuk mata sekaligus mengganggu keupayaan daya ingatan anda.
- Makan makanan atau minuman yang tercemar oleh semut kerana di dalam badan atau mulut semut dipercayai mengandungi sejenis enzim yang memberi kesan terhadap sistem saraf otak terutama sekali saraf pembelajaran dan hafalan.
- Makan otak ikan - Otak ikan adalah segumpal daging bewarna putih atau putih kemerahan yang terletak di dalam tengkorak atau kepala ikan. Mudarat otak ikan adalah sama dengan makanan bersemut tetapi ia lebih membimbangkan kerana terdapat bahan dalam otak ikan ini yang boleh mematikan saraf otak.
- Makan makanan yang masam atau jeruk secara kerap.
- Kepala terdedah kepada panas terik cahaya matahari antara pukul 10:00 pagi sehingga pukul 4:00petang.
- Minum antara suapan makan, maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan.
- Sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperi ahli peninju.Pergaduhan atau perkelahian sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit pelupa.
- Makan bawang mentah.
- Fikiran runsing,stress dan selalu bersedih.
- Awasi pengambilan ubat. Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon,ubat darah tinggi,anti kemurungan dan sebagainya.
Segala maklumat di atas adalah hasil gabungan pandanagn dari sudut islam dan juga kajian serta perubatan moden.Kita perlu prihatin dan hendaklah memilih makanan dan gaya hidup yang sesuai untuk memperkasa daya ingat ke peringkat yang maksimum.Selain itu amalan kerohanian juga tidak patut diabaikan.Kita mempunyai kuasa untuk memilih!!
No comments:
Post a Comment