Thursday, 29 January 2015

Manfaat Madu Lebah Asli

Dalam Al-Quran,Allah SWT mengiktiraf madu sebagai penyembuh penyakit. Khasiatnya sebagai ubat disebutkan dalam Al-Quran :

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah," Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit,di pohon-pohon kayu, dan ditempat-tempat yang dibina manusia,Kemudian makanlah daripada tiap-tiap ( macam ) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang dimudahkan ( bagimu ) " Dari perut lebah itu keluar minuman ( madu ) yang bermacam-macam warna,di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda ( kebesaran Tuhan ) bagi orang yang memikirkan.
                      ( Surah An-Nahl ayat 68 hingga 69 )

Ayat ini menjelaskan madu adalah penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Dari segi saintifik,madu mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium,kalium, potasium,sodium,klorin,sulfur,besi dan fosfat.Madu juga mengandungi vitamin B1,B2,C,B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang digunakan oleh lebah.

Disamping itu,di dalam madu juga terdapat tembaga,yodium dan seng dalam jumlah yang kecil dan juga beberapa jenis hormon. Antara penemuan saintifik berkenaan khasiat madu adalah :

  • Kaya bahan antoiksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang menyebabkan kanser ( BBC,University of Zagreb,Croatia )
  • Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik seperti meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan ( British Honey Importers and Packers Association )
  • Pembunuh kuman daripada jenis bakteria,fungus dan protozoa ( University of Waikato,New Zealand)
  • Mampu menyembuhkan ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan ( University Of Waikato,New Zealand ) 
  • Dapat merawat penyakit mata ( Fotidar MR,Fotidar SN ) 
  • Mampu menjadi antibiotik yang lebih berkesan ( University Of Cardiff ,Wales )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...