Thursday, 29 January 2015

Khasiat Kurma

Tamar atau kurma adalah sejenis tumbuhan ( palma ) ataupun dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika masak ataupun masih mentah. Kebanyakkan pokok kurma tumbuh di negara Arab dan mempunyai pelbagai jenis.


Antara kurma yang terkenal adalah kurma Mekah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Di kalangan bangsa Arab,kurma adalah makanan utama mereka.Malah,di kalangan kita sekarang, ramai yang menjadikan kurma sebagai bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis,tahan lama serta tidak perlu dimasak,kurma juga mempunyai banyak khasiat dan menjadi makanan utama Rasulullah SAW.

Buah kurma lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 60 hingga 70 peratus gula asli dalam bentuk glukosa dan fraktosa yang mudah diserap oleh badan. Di samping karbohidrat,setiap 100g buah tamar mengandungi lebih kurang 15.3% air, 2.5 % protein,0.4 % lemak,2.1 peratus zat-zat logam dan 3.9% serat.

Antara zat-zat logam yang terdapat di dalam buah tamar adalah kalsium,fosforus,zat besi dan vitamin B.Jika diamati pecahan khasiatnya,ia mengandungi kandungan air,karbohidrat dan serat tinggi dengan kadar lemak yang rendah. Serat yang terdapat di dalam kurma baik bagi usus terutama orang yang menghidap sembelit.

Nabi SAW bersabda " Sesiapa yang memakan 7 biji buah tamar Ajwah setiap pagi ,racun dan masalah susah tidur tidak akan memudaratkannya pada hari tu."

                ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim )

Mengikut Metchnikoff,saintis yang terkenal di Rusia,banyak memakan kurma akan menghalang pembiakan kuman-kuman akan menghalang pembiakan kuman-kuman berbahaya,sebaliknya ia akan melahirkan koloni kuman yang bermanfaat ( friendly bacteria ) bagi usus.

Justeru,sebahagian pengkaji Amerika Syarikat menganggap buah kurma atau tamar adalah makanan harian yang ideal kerana pakar-pakar pemakanan merumuskan,antara formula pemakanan yang terbaikpada hari ini adalah yang tinggi kadar karbohidrat dan serat serta rendah kadar lemaknya.Formula ini dapat mencegah kegemukan serta mengurangkan risiko sakit jantung dan barah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...