[?] Tips Tentukan Bilakah
Anda Paling Subur [?]
Mengira tarikh kesuburan menggunakan kitaran haid sahaja sebenarnya
bukanlah cara yang sangat tepat. Oleh sebab itulah, pengenal pastian
tanda-tanda fizikal kesuburan dapat membantu.
[✔] Perubahan pada mukus serviks
Mukus serviks ialah lendir yang anda lihat pada seluar dalam atau kertas
tisu apabila anda membuang air kecil.
Perubahan pada mukus serviks dapat memberitahu bilakah anda sedang
subur. Selepas haid anda habis, mukus serviks akan bertambah secara
beransur-ansur dan berubah dari segi teksturnya.
Perubahan ini menandakan peningkatan tahap hormon estrogen dalam badan
anda. Ia juga menunjukkan bahawa anda sudah hampir mengovulasi.
Anda paling subur apabila mukus serviks berwarna bening, licin dan
anjal. Ia kelihatan seperti putih telur yang mentah. Mukus yang subur
ini membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia
membekalkan zat dan melindungi sperma apabila bergerak menuju tiub
falopio untuk bertemu dengan telur anda.