Monday 30 March 2015

Punca Dan Penawar Atasi Sakit Pinggang Ketika Mengandung


Kenali Punca-Puncanya :-
  • Tindakan hormon yang melembutkan ligamen-ligamen ( Berkas gantian yang menghubungkan bahagian-bahagian badan seperti tulang dan sebagainya ) ada yang tegang,kerana gaya atau posisi tubuh yang tidak baik.Bahu yang tegang atau belakang dan otot-otot abdomen yang lemah berkemungkinan juga menyebabkan sakit belakang.
Langkah Pencegahan:-
  • Kuatkan otot-otot anda dengan gerakan tulang punggung secara perlahan-lahan,renggangkan kaki dan bengkokkan lutut,ketatkan punggung dan halakan tulang punggung ke atas kemudian ke bawah dengan gerakan yang perlahan. Tidurlah di atas tilam yang teguh,pusing tubuh ke sisi sebelum bangun. Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi kerana kasut yang semacam itu akan mengubah kedudukan pelvis atau tulang punggung,mempengaruhikedudukan tubuh dan menyebabkan ketegangan.
Penawar
  • Jika sakit di bawah tulang-tulang bahu,cuba pakai coli yang lebih besar atau buka cangkuknya.Pusing bahu anda secara perlahan untuk mengurangkan ketegangan dan mengendurkan otot-otot di belakang.Jika sakit jauh ke bawah.terutama pada satu sisi ,maka jagalah postur atau bentuk tubuh anda.Jika sakit di pelvis atau tulang punggung ,cuba gunakan bengkung ( gerdle ) penyokong kehamilan jika terasa sangat sakit atau apabila anda terpaksa berdiri lama.Menggerak-gerakkan pelvis,atau tulang punggung boleh juga membantu sakit pinggang anda.
Anda Juga Boleh mencuba Ostematrik Untuk Atasi masalah sakit pinggang anda. KLIK SINI


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...