Masalah sembelit adalah perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak. Sembelit adalah masalah di mana anak anda kurang kerap membuang air besar daripada biasa dan najisnya lebih keras berbanding biasa.
Tabiat usus kanak-kanak adalah pelbagai. Sesetengah kanak-kanak mempunyai pergerakan usus dua kali sehari dan sesetengahnya hanya sekali setiap dua atau tiga hari. Tidak kira apa corak pembuangan najis anak anda, ia adalah perkara normal.. Jangan cuba mengubahnya.
.jpg)
