Dengan ini,anda masih boleh menikmati makanan yang lazat tetapi dengan lebih berkhasiat dan sihat!
Gunakan bahan-bahan atau perasa yang lebih sihat untuk menggantikan bahan-bahan yang mengandungi lemak,gula atau garam yang tinggi. Antaranya termasuk :-
- Rempah ( misalnya halba,kulit kayu manis,ketumbar,jintan )
- Herba (misalnya daun-daun selasih,pasli,pudina,sup,daun ketumbar dan serai )
- Susu rendah lemak
- Puri buah-buahan atau jus buah-buahn segar sebagai pemanis semulajadi.
Tahukah Anda....
- Setiap sudu besar minyak yang anda menggoreng menambahkan lebih daripada 100 kalori
- Apabila anda menggoreng ayam dengan kulit yang mengandungi lemak tidak tepu,anda akan menambahkan lebih lemak dalam masakan.
- Apabila anda menggoreng ayam kulit yang mengandungi lemak tidak tepu,anda akan menambahkan lebih lemak dalam masakan.
- Menggoreng untuk jangka masa yang lama akan mengubah kualiti minyak- minyak tersebut tidak lagi sesuai untuk diguna.
- Makanan berkanji,contohnya kentang goreng,kerepek kentang,dan makanan disalut tepung roti,apabila dimasak dengan minyak lebih daripada 160 darjah celcius,akan menghasilkan kandungan -akrilamida yang signifikan- iaitu sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser (karsinogen )
Cara memasak tertentu adalah lebih sihat daripada yang lain dan juga menghasilkan rasa,tekstur dan penampilan makanan yang berbeza.
Antara cara masakan lebih sihat yang dicadangkan :-
- Kukus
- Sup
- Rendidih
- Panggang
- Bakar
- Rebus
- Goreng ringkas
- Tumis
No comments:
Post a Comment