Bau kaki boleh meruntuhkan tembok keyakinan seseorang.
Tambahan pula apabila bau kaki tersebar semasa seseorang itu membuka kasut ketika berada dalam kawasan tertutup.
Adapun masalah itu berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Kajian perubatan mendapati lebih banyak kelenjar peluh di bahagian kaki berbanding anggota badan lain.Ini menerangkan sesiapa sahaja akan mengalami kaki berpeluh tidak kira di mana dan bila-bila masa.
Bagi golongan remaja dan wanita hamil,kekerapan kaki mereka berpeluh adalah lebih tinggi ekoran perubahan dalam badan yang mengakibatkan badan berpeluh dengan lebih banyak.
Seseorang itu juga cenderung mengalami masalah kaki berpeluh jika kerap berdiri sepanjang hari,berdepan tekanan di pejabat atau mengalami masalah kesihatan yang dipanggil 'hiperhidrosis'iaitu keadaan berpeluh secara luar biasa.
Apabila peluh bercampur dengan bakteria yang terdapat pada kulit kaki,maka terhasillah bau kaki yang busuk.Ditambah pula apabila kaki yang berpeluh dipakaikan stokin dan kasut yang lembap,bau kaki lebih kronik akan terhasil.
Namun begitu, masalah bau kaki ada penyelesaiannya.Ruangan kesihatan berkongsikan tip mudah dan cepat untuk mengelak serta menghapuskan masalah bau kaki.
- Soda Bikarbonat- Ramai beranggapan bahawa soda bikarbonat hanya digunakan untuk menghasilkan makanan.Namun,sebenarnya bahan tersebut amat berkesan dalam menghapuskan bau kaki. Ia dapat membunuh bakteria pada kulit yang menjadi faktor terhasilnya bau kaki. Masukkan soda bikarbonat ke dalam besen berisi air suam dan kemudian rendamkan kaki selama 15 minit. Lakukannya sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.
- Kuku DiPotong Bersih - Sudah pasti memotong kuku kaki menjadi rutin penting untuk mengelakkan daripada berlakunya bau kaki.Ini adalah kerana bahagian kuku kaki yang tidak dipotong menyimpan banyak kotoran dan bakteria.Selain kekemasan,kebersihan kuku juga perlu dijaga.Ini termasuklah mencuci kuku dengan pembersih khas yang boleh didapati di farmasi.
- Guna Stokin Bersesuaian - Penggunaan stokin yang bersesuaian dan mempunyai material yang dapat menyerap peluh amat penting bagi memastikan kaki dapat bernafas.Pastikan juga stokin sentiasa ditukar dan elakkan amalan menggunakan stokin sama untuk tempoh masa panjang.
- Air Garam Bercampur Asam Jawa - Ini merupakan cara tradisional yang terbukti menghapuskan bau kaki.Caranya adalah dengan memasukkan air bersih ke dalam besen dan kemudian campurkannya dengan dua sudu garam dan satu genggam asam jawa.Gaulkan campuran tadi dan kemudian rendamkan kaki anda ke dalamnya selama satu jam.Ketika rendamkan kaki,bolehlah gosokkan asam jawa ke seluruh bahagian kaki termasuk di kawasan kuku.Cara ini membantu dalam menanggalkan sel-sel kulit mati dan yang paling penting menghilangkan bau kaki.
- Keringkan Kaki Selepas Mandi - Adalah amat penting untuk memastikan kaki kita dalam keadaan kering sepenuhnya selepas mandi. Ini bagi memastikan bakteria tidak berada pada kulit kaki sebelum menyarungkan stokin.Cara ini akan membuatkan kaki anda berasa segar dan untuk mengelakkan daripada bau yang tidak diingini.
No comments:
Post a Comment