Ramai antara kita ,tidak kira sama ada lelaki atau perempuan sering kali berdepan masalah bau kaki. Masalah ini sinonim dengan semua golongan tidak kira sama ada mereka yang aktif bersukan atau kuat bekerja.
Bau kaki boleh meruntuhkan tembok keyakinan seseorang.
Tambahan pula apabila bau kaki tersebar semasa seseorang itu membuka kasut ketika berada dalam kawasan tertutup.
Adapun masalah itu berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Kajian perubatan mendapati lebih banyak kelenjar peluh di bahagian kaki berbanding anggota badan lain.Ini menerangkan sesiapa sahaja akan mengalami kaki berpeluh tidak kira di mana dan bila-bila masa.
