Pelbagai punca dikenal pasti menjadi faktor utama yang membawa kepada masalah kelemumur ini. Antara penyebab paling ketara ialah apabila berlaku perubahan hormon dalam badan khususnya kepada golongan wanita datang haid,hamil atau selepas melahirkan anak sering kali berdepan masalah kelemumur rambut.
Dalam pada itu, kerap berpeluh juga boleh mengakibatkan rambut berkelemumur. Kulit kepala yang berpeluh akan mengakibatkan pertumbuhan sejenis kulat dipanggil Pitirosporum Ovale. Kulat ini akan bergiat aktif ketika terdapatnya minyak semulajadi pada kulit kepala.
Selain itu juga, sikap malas mencuci rambut turut mengakibatkan masalah kelemumur menjadi semakin teruk.Ini kerana kulit kepala yang kotor akan memperbanyakkan lagi kewujudan kelemumur pada rambut.
Walaupun perubatan moden kadangkala memakan belanja yang besar,kebanyakkan wanita sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang cukup banyak untuk mendapatkan rawatan. Tanpa mereka sedari,rawatan tradisional menggunakan bahan semulajadi juga tidak kurang hebat dan berkesan dalam merawat kelemumur pada rambut.
Ruangan kali ini,ingin dikongsi beberapa petua tradisional yang boleh dijadikan kaedah dalam menangani masalah kelemumur pada rambut.
Perahan Limau Nipis
Rawatan menggunakan kaedah ini adalah paling mudah dan cepat. Campur air perahan limau nipis dengan sedikit air,kemudian gosok pada kulit kepala.Amalkan petua ini seperti mencuci rambut.
Batang Serai
Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis sehingga lumat.Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampoo. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit.Bilas dengan air biasa hingga bersih.Amalkan dua kali seminggu.
Santan Kelapa
Basahkan kepala dengan santan kelapa.Pastikan santan itu rata di seluruh kepala.Biarkan seketika. Kemudian cuci kepala dengan syampoo yang sesuai.Amalkan selalu,anda akan dapati rambut anda kembali berkilat serta kelemumur akan hilang.
Daun Nangka Dan Daun Durian
Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian,masukkan ke dalam mangkuk atau gayung.Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut.Gunakan air ramasan sebagai syampoo.
Selamat Mencuba!!!
No comments:
Post a Comment