Wednesday, 21 January 2015

Amalan Untuk Meningkatkan Daya Ingatan

A. KEROHANIAN
  1. Mengingati Allah - Melalui zikir. Apabila seseorang sentiasa mengingati Allah maka Allah akan sentiasa mengingatinya dan membantunya mengingati sesuatu.
  2. Solat 5 waktu - Kerana melalui solat ia dapat membantu melancarkan peredaran darah seterusnya dapat menguatkan ingatan.
  3. Berpuasa - Amalan berpuasa sunat boleh menajamkan minda.
  4. Banyakkan membaca Al-Quran dan menghafalnya - Kerana ia dapat menerangkan jiwa dan meningkatkan daya ingatan.
  5. Banyakkan bertafakur / berfikir sejenak tentang kejadian alam.

B. PEMAKANAN

  1. Gizi makanan seimbang - Pilih makanan yang rendah lemak dan rendah kalori serta banyakkan minum air kosong. Air kosong dapat membantu pencernaan dan pernafasan,meningkatkan kapasiti pembawaan oksigen dalam darah,serta mempertahankan kesihatan sel.
  2. Air zam-zam - Semasa disuatu seminar di Jepun yang rata -ratanya dihadiri oleh bukan islam,Prof. Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul -molekeul air yang begitu indah berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan.Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin Senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata "Itu molekul air zam-zam,air paling mulia." Prof.Emoto menganggguk " Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu molekul air zam-zam " Oleh itu tidak mustahil air zam-zam mempunyai pelbagai jenis khasiat termasuklah menerangkan hati dan menguatkan ingatan.
  3. Makan makanan yang mengandungi bawang putih - Ia banyak mengandungi zat gizi untuk menyihatkan tubuh serta menguatkan ingatan. Sila Klik Sini untuk ketahui lanjut khasiat Garlic Shaklee .
  4. Makan kismis - Dalam bilangan yang ganjil setiap hari sama ada 3 @ 5 @ 7 biji dan seterusnya. Selain menguatkan ingatan.Kismis juga dapat menyihatkan badan dan menghilangkan keletihan.
  5. Makan kurma - Ia bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot,sengal-sengal badan,letih,lesu,mengalami tekanan serta menguatkan ingatan seseorang.
  6. Buah-buahan - Seperti anggur hitam,epal hijau,delima dan blueberry.
  7. Sayur-sayuran dan ulam-ulaman - Seperti lobak merah,halia,pegaga,daun saderi.
  8. Madu - Selain menguatkan ingatan madu juga mampu menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit.
  9. Bijirin dan kekacang terutama kacang pistachio mengandungi sejenis bahan seperti magnesium,asid folik yang penting untuk pertumbuhan otak kita disamping mengandungi protein tinggi.Habbatua sauda juga baik untuk meransang minda.
  10. Makan vitamin B Complex . Sila Klik Sini untuk ketahui lebih lanjut B Complex Shaklee terbaik di pasaran yang mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B.
  11. Makan tempe - Kerana tempe sebenarnya mengandungi banyak vitamin B Complex yang boleh membantu menguatkan ingatan.
  12. Pastikan makanan daripada sumber yang halal.
  13. Makan makanan yang segar dan berkhasiat.
C. GAYA HIDUP
  1. Bersarapan pagi - Kajian menunjukkan orang yang bersarapan pagi setiap hari lebih produktif dalam kerja-kerja harian mereka. Daya ingat mereka juga lebih tinggi berbanding golongan yang mengabaikan sarapan pagi
  2. Melihat pokok-pokok hijau di awal pagi - Pemandangan hijau dapat membantu melegakan tekanan dan menyegarkan minda.
  3. Meletakkan bunga mawar segar di tempat tidur.Para pengkaji dari Jerman mendapati aroma bunga mawar dapat meransang memori seseorang untuk mengingati sesuatu dengan lebih baik.
  4. Rehat secara teratur - Ketegangan otot dapat dikendurkan seterusnya dapat mengurangkan perasaan cemas terutamanya sebelum mepelajari sesuatu yang baru.Beristirehat juga dapat membantu otak untuk berfungsi secara maksimum. Otak memerlukan rehat selama 3-10minit setelah beroperasi selama 50 minit.Tidak cukup rehat menyebabkan fokus seseorang terganggu dan melemahkan daya ingatannya.
  5. Tidur yang cukup - Kurang tidur mengurangkan kemampuan seseorang untuk mengingat informasi yang kompleks. 
  6. Bersenam - Ia dapat mebantu fungsi ingatan kita dengan menjamin bekalan oksigen dan darah ke otak. Bersenam juga menstimulus endorfin,iaitu neurotransmitter yang berkait rapat dengan perasaan senang,yang dapat meningkatkan kecerian dan menjadi pemicu untuk pembelajaran dan ingatan.
  7. Banyak membaca. Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat memperluaskan pengetahuan,mengembangkan minda dan menajam daya ingatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...