Tuesday, 26 November 2013

Sejauh Mana Kepentingan Supplemen Dalam kehidupan serba canggih Dan Maju ini?


vitamin
PENGAMBILAN makanan tambahan (supplement) seakan-akan sudah menjadi suatu trend hidup kebanyakkan wanita moden hari ini. Sama ada dalam bentuk pil, kapsul, tablet, serbuk, cecair, semua berasaskan sebab yang sama, demi kecergasan atau kecantikan tubuh badan. Bukan sesuatu yang mustahil untuk melihat seseorang wanita itu mengambil puluhan jenis tablet pada setiap pagi.

gizi seimbang
                             
Jika di Amerika, pemakanan tambahan mengikut definisi Akta Diet Kesihatan Tambahan dan Pendidikan (DSHEA) 1994 menjelaskan makanan tambahan kesihatan seharusnya mengandungi vitamin, mineral, makanan, botani, asid amino dan ia seharusnya bersifat memenuhi pengambilan biasa semua unsur itu.
 

Tetapi sejauh mana kepentingan pengambilan makanan tambahan begini kepada kita? Secara teorinya, jika anda mengamalkan pemakanan sihat dengan imbangan jadual pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, anda tidak memerlukan makanan tambahan.

Seorang imunalogist yang ditemubual, Dr Chen Jau Fei, tidak lama dulu, pernah berkata, makanan tambahan hanya untuk mereka yang malas.

Katanya jika seseorang itu memiliki imbangan pemakanan yang betul, tiada alasan untuk mengambil makanan tambahan. Jauh bezanya antara makanan asal seperti sebiji oren dengan tablet yang sama khasiatnya.

Bagaimanapun katanya, dengan kepantasan hidup pada zaman ini, bukan sesuatu yang mustahil jika ramai daripada kita memilih mengambil makanan tambahan.

Apatah lagi memang anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas, hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Apatah lagi jika anda berhadapan dengan satu daripada senario ini.

1.Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Mungkin pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.

2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.

3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.

4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.

5. Jika anda berhadapan dengan masalah hormon, anda mungkin memerlukan vitamin B6. tetapi jangan ambil dos yang banyak tanpa rujukan doktor.

6. Anda mengalami masalah tekanan darah rendah. Lebihkan pengambilan zat besi, vitamin C, asid folik dan vitamin B12 juga.

7. Gout- Mungkin anda perlu mengambil vitamin B5 (asid panthothenik)

8. Masalah jantung - Minyak ikan membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga berfungsi sebagai agen mengurangkan bengkak atau radang. Jika anda tidak mendapat minyak zaitun dalam diet, mungkin anda perlu pertimbangkan mengambil makanan tambahan.

Apapun, adalah penting untuk mendapatkan makanan tambahan yang berkualiti dari segi vitamin dan mineralnya. Jika tidak pasti mungkin boleh merujuk kepada yang pakar seperti doktor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...