Wednesday, 29 April 2015

Sejarah Dan Sambutan Hari Ibu Dalam Islam


Sambutan Hari Ibu Dalam Islam
Hari ibu didefinisikan sebagai sambutan dan penghargaan buat semua ibu. Pada hari itu,para ibu akan diraikan serta diberi hadiah sebagai tanda kasih sayang seorang anak kepada ibunya. Dalam kelekaan kita menyambutnya, penahkah kita berfikir tentang asal usul hari ibu ini? Adakah cukup sehari untuk kita menghormati dan menggembirakan ibu kita? Adakah islam menyarankan kita meraikan hari ini? Mari kita lihat sejarah Hari Ibu ini .

Sejarah Hari Ibu

Hari ibu merupakan satu perayaan pada musim bunga. Masyarakat Greece meraikannya sebagai tanda penghormatan mereka terhadap "RHEA", iaitu ibu kepada tuhan mereka.

Pada tahun 1600,masyarakat di England merayakan satu hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap "Lent".Lent ialah tempoh masa selama 40 hari sama ada dalam bulan Februari atau Mac.

Dalam tempoh ini,masyarakat yang beragama Kristian akan berhenti melakukan perkara tertentu atau memakan makanan tertentu atas dasar agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap "Mother Mary".Mother Mary ialah Maryam,ibu kepada Nabi Isa a.s atau Jesus yang dianggap mereka sebagai tuhan.Dalam tempoh tersebut juga,kebanyakkan rakyat England yang miskin,akan bekerja sebagai pembantu rumah.Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.

Menjelang Hari Ahad Keempat,mereka digalakkan bercuti oleh majikan,dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahi dengan "Mothering Cake" sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan kini disambut sebagai penghormatan kepada "Mother Church". Mother Church dianggap sebagai satu kuasa spiritual yang agung. Sejak itu,perayaan "Mothering Sunday" diraikan dengan upacara di gereja.

Pada 1872, Hari Ibu di Amerika Syarikat disambut hasil ilham Julia Ward Howe.Beliau seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymm of The Republic". Puisi ini telah dijadikan lagu patriotik yang popular dalam kalangan warga Amerika.

Pada 1907, Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton,West Virginia agar meraikan Hari Ibu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.Sejak itu,Hari Ibu dirayakan setia tahun di Philadelphia.Anna Jarvis dan penyokongnya telah menulis surat kepada presiden,ahli koporat dan ahli politik mencadangkan agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah.

Pada 1911 Hampir keseluruhan rakyat Amerika menyambut Hari Ibu.

Pada 1914 Presiden Woodrow Wilson,secara rasminya telah mengistiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti diraikan pada setiap hari Ahad kedua bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan,tetapi negara seperti Denmark,Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sambutan Setiap Masa

Hari Ibu disambut di Barat sebagai tanda penghormatan kepada ibu tuhan mereka dan ibu mereka. Dr. Yusuf Al-Qaradawi pernah berkata; " Hari Ibu ini timbul kerana pihak orientalis atau doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara terbaik untuk menarik minat remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umum mengetahui,masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila,jadi dengan mengadakan atau mengkhususkan hari-hari tertentu,sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menhormati orang tua mereka.

Persoalannya,adakah kita perlu meraikan ibu dalam tempoh sehari sahaja? Tidak,kerana Islam menuntut kita untuk menghargai dan menyayangi ibu setiap masa.Islam juga mewajibkan kita berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapa,tetapi perlu melebihkan ibu sepertimana nasihat Luqman -Al- Hakim kepada anaknya dalam surah Luqman,ayat 14 bermaksud : "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya: Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun . ( dengan demikian ) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan ( ingatlah ), kepada Aku jua tempat kembali ( untuk menerima balasan)."

Hukum Menyambut Hari Ibu

Sambutan Hari Ibu sering mengundang kontroversi dan Islam sering membahaskan tentang hukum menyambutnya. Beberapa orang ulama terkenal telah membahaskan hukum menyambut Hari Ibu.

Teks : Ustaz Fauzi Abdul Hamid ( Master in Ulum Al-Hadith, Al-Hasnain Islamic University,Faisalabad.Pakistan )

Jadi sudah jelas di sini sejarah bagaimana terciptanya Hari Ibu. Islam tidak mengkhususkan hanya hari tertentu untuk kita menghargai mereka. Tetapi, kita sebagai anak harus menghargai kedua mereka setiap masa dan keadaan.

Bagaimana cara anda menghargai mereka terpulang kepada pilihan yang ada. Tetapi masyarakat yang berilmu hari ini lebih mengetahui cara terbaik untuk melayani dan menghargai mereka Antara layanan atau cara terbaik hadiahi mereka set penjagaan kesihatan yang baik dan berpanjangan bagi memudahkan mereka untuk menjalani amalan ibadah dalam meniti hari-hari tua mereka sebelum dipanggil Sang Pencipta. Nikmat Kesihatan itu juga satu bentuk rezeki yang perlu kita titikberatkan. Betul tak? Siapa setuju angkat kaki.. he he .

Anda Tercari-Cari Set Kesihatan Warga Emas? Untuk Ibu Atau Ayah?
  1. Vivix - Ibarat tonik ajaib yang mujarab bagi semua penyakit kerana Vivix bertindak di peringkat selullar dan mampu mencegah kesan penuaan sel.
  2. Ostematrik - Membekalkan kalsium dalam badan yang semakin berkurang. Dapat mengatasi masalah kekejangan otot, lenguh-lenguh dan mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan warga emas.
  3. Advanced Joint Health Tablet - Formulasi unik yang dapat mengurangkan sakit sendi dengan efektif.
  4. Omega Guard - Terbukti berkesan dalam mengurangkan kolestrol dalam badan, gout, sendi dan pelbagai masalah lain.
  5. Vitalea - Membekalkan kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan dan berfungsi dengan optimum untuk diserap oleh badan.Malah ia adalah multivitamin pertama dan tertua di dunia.

Di Bawah Disertakan Beberapa Testimoni
testimoni set warga emas

testimoni set warga emas

testimoni set warga emas

testimoni set warga emas

testimoni set warga emas

testimoni set warga emas

testimoni set warga emas

testimoni set warga emas


Call/whatsapp 0197051983
Email :kedaikeluargasihat@gmail.com
Add fb saya http://facebook.com/entans1untuk berchatting secara langsung dengan saya
Klik LIKE di fanpage saya http://facebook.com/kedaikeluargasihat untuk mendapat DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA


konsultasi percuma untuk customer saya sahaja ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...